Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Puasa Bagi Penderita Diabetis, Pastikan Dengar Cakap Doktor

1,151

Risiko Puasa Pesakit Kencing Manis

Jika anda mengalami diabetis (kencing manis), terutamanya jika anda mengambil ubat tablet atau insulin, anda menghadapi risiko hipoglisemia iaitu kadar gula dalam darah terlalu rendah. Berpuasa boleh meningkatkan risiko hipoglisemia dan dehidrasi.

Selain itu, anda juga mungkin berdepan risiko tahap gula dalam darah yang tinggi atau hiperglisemia berikutan makan berlebihan sebelum dan selepas berpuasa; sewaktu sahur dan berbuka. Hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi semuanya sangat berbahaya bagi pesakit diabetis.

Bagi sesetengah orang yang menghidap diabetes, berpuasa mungkin berbahaya atau menyebabkan masalah kesihatan. Mereka yang mempunyai diabetes boleh dikecualikan daripada berpuasa, terutamanya jika mempunyai komplikasi tertentu seperti kerosakan pada buah pinggang.

diabetis

4 Jenis Risiko Berpuasa Bagi Pesakit Diabetis

  • Gula rendah (Hypoglycemia)
  • Gula tinggi (Hyperglycemia)
  • Kompilasi teruk Diabetic Ketoacidos
  • Dehidrasi dan pembekuan darah (thrombosis)

Langkah Mengelakkan Komplikasi Akibat Berpuasa

Jadi, jika anda memilih untuk berpuasa, pastikan anda berbincang dengan doktor anda tentang langkah yang patut diambil bagi mengelakkan sebarang komplikasi. Doktor anda mungkin mengarahkan agar:

  • Jika anda mengambil insulin, anda akan memerlukan kurang insulin sebelum permulaan puasa.
  • Jenis insulin juga mungkin perlu berubah dari jenis biasa anda.
  • Insulin pra-campuran tidak disyorkan semasa berpuasa.
  • Sebelum memulakan puasa, anda harus mengambil lebih banyak makanan yang diserap secara perlahan (GI rendah), seperti nasi basmati dan kacang dhal, dalam hidangan anda, bersama buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Periksa tahap gula dalam darah anda lebih kerap daripada biasanya.
  • Apabila anda berbuka, mulakan dengan sedikit makanan sahaja, dan elakkan hanya makan makanan manis atau berlemak.
  • Pastikan anda tidak terlepas sahur pada hari berpuasa.
  • Sewaktu berbuka, pastikan anda minum banyak cecair bebas gula dan tanpa kafein untuk mengelakkan dehidrasi.

makannkncingmanis

Keselamatan Anda Penting

Tidak makan ketika mengambil insulin atau ubat-ubatan diabetis yang lain yang mengidap diabetis dapat meningkatkan risiko hipoglikemia (glukosa darah rendah).

Oleh itu, antara perkara paling penting yang perlu diketahui pesakit diabetis ialah bila mereka patut berbuka puasa jika keadaan tidak lagi mengizinkan mereka berpuasa. Pakar mengesyorkan untuk segera berbuka puasa jika berlaku hipoglisemia (biasanya ditakrifkan sebagai tahap glukosa darah kurang daripada 70 mg / dl) berlaku. Dalam keadaan tersebut, anda perlu segera berbuka dengan makanan atau minuman yang mengandungi karbohidrat. Ketahui tanda-tanda hipoglisemia seperti banyak berpeluh, muka pucat, cepat marah, lapar, mengantuk dan kurang koordinasi diri.

Jangan bersedih sekiranya anda terpaksa berbuka puasa. Utamakan keselamatan diri anda.

Selamat berpuasa dan ikutlah saranan doktor jika anda ingin terus sihat.

Sumber :

  • hellodoktor
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...