Preview
Portal Kini.
Permohonan

Bank Rakyat Sediakan Qaseh Biz-i Pakej Pembiayaan Untuk Usahawan Wanita

Usahawan wanita yang ingin memulakan perniagaan boleh memohon pakej pembiayaan khusus yang ditawarkan oleh Bank Rakyat menerusi Skim Qaseh Biz-i dan pakej ini menawarkan pembiayaan sehingga RM3 juta. Salah satu tujuan Qaseh Biz-i untuk membantu usahawan wanita meluaskan perniagaan dalam tempoh pandemik...

Usahawan wanita yang ingin memulakan perniagaan boleh memohon pakej pembiayaan khusus yang ditawarkan oleh Bank Rakyat menerusi Skim Qaseh Biz-i dan pakej ini menawarkan pembiayaan sehingga RM3 juta.

Salah satu tujuan Qaseh Biz-i untuk membantu usahawan wanita meluaskan perniagaan dalam tempoh pandemik Covid-19.

Berminat untuk membuat permohonan Qaseh Biz-i untuk meluaskan perniagaan anda? Teruskan membaca perkongsian ini untuk dapatkan cara mohon serta kemudahan yang disediakan Qaseh Biz-i.

CIRI-CIRI QASEH BIZ-I BANK RAKYAT

Antara ciri-ciri Qaseh biz-i ialah:

  • Pakej pembiayaan istimewa untuk usahawan wanita
  • Tempoh pembiayaan sehingga 7 tahun
  • Jumlah pembiayaan sehingga RM3 juta
  • Jaminan pembiayaan sehingga 80% oleh SJPP
  • Fi jaminan serendah 0.75 setahun (Tertakluk terma & syarat)

KEMUDAHAN TAMBAHAN PRODUK & PERKHIDMATAN

Qaseh Biz-i juga menawarkan kemudahan tambahan produk dan perkhidmatan kepada mereka yang layak seperti:

  • Takaful Amani Plus Plan C (Kemalangan Diri)
  • eCA-i (Akaun Semasa i-elektronik)
  • ibizRAKYAT (Sistem pengurusan tunai)
  • Dilantik sebagai rakan dagang Bank Rakyat dan menerima satu alat Terminal Pembayaran Kad (POS)

CARA PERMOHONAN QASEH BIZ-i

Bagi yang berminat untuk membuat permohonan Qaseh Biz- i anda hanya perlu ke:

  • Kaunter Bank Rakyat dan nyatakan untuk membuat permohonan Qaseh Biz-i seterusnya lengkapkan borang yang diberikan kepada anda.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai skim pembiayaan Qaseh Biz-i, sila hubungi Bank Rakyat melalui saluran berikut:

— Akhir —
Topik Berkaitan #Permohonan #Semasa
BACAAN SETERUSNYA

iSinar: CEO KWSP Jelaskan Pengeluaran Tiada Syarat, Hanya Kriteria

Baca Artikel Seterusnya
Komunikasi Langsung

Terima
Bacaan
Pilihan.

> Masukkan alamat emel anda.

> Kami hantar bacaan pilihan secara berkala.

> Ringkas, terpilih dan mudah dibaca.

>
/// Mesej Pantas ///