Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

RM1,000 & RM5,000 Skim Pembiayaan Informal (SPIN) Untuk Usahawan Sektor Tidak Formal

1,635

Pada 21 Disember 2020 lalu Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) telah melancarkan Skim Pembiayaan Informal (SPIN) dengan peruntukan sebanyak RM50 juta.

Tujuan SPIN ini dilancarkan adalah untuk membantu membiayai usahawan sektor tidak formal yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Usahawan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mendapat pembiayaan antara RM1,000 dan RM5,000.

RM1,000 & RM5,000 Skim Pembiayaan Informal (SPIN) Untuk Usahawan Sektor Tidak Formal

JUMLAH PEMBIAYAAN SKIM PEMBIAYAAN INFORMAL (SPIN)

Jumlah pembiayaan yang bakal dimanfaatkan oleh 10,000 usahawan yang tidak berdaftar dengan SSM ialah:

  • RM1,000 dan RM5,000

RM1,000 & RM5,000 Skim Pembiayaan Informal (SPIN) Untuk Usahawan Sektor Tidak Formal

TEMPOH BAYARAN BALIK PEMBIAYAAN SKIM PEMBIAYAAN INFORMAL (SPIN)

Tempoh bayaran balik yang ditetapkan adalah sehingga:

  • 3 tahun dengan kadar keuntungan sebanyak 4% setahun

KRITERIA PERMOHONAN PEMBIAYAAN SKIM PEMBIAYAAN INFORMAL (SPIN)

Antara kriteria yang ditetapkan untuk permohonan Pembiayaan Skim Pembiayaan Informal (SPIN) ialah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai bukti perniagaan selain premis.
  • Premis akan dikunjungi wakil TEKUN Nasional sebelum mendapat kelulusan.

“Golongan usahawan tidak formal inilah yang amat terkesan dengan situasi Covid-19. Ini berikutan kebanyakannya bergantung kepada gaji harian dan tiada simpanan wang untuk bertahan mahu pun dijadikan sebagai modal bagi beralih ke perniagaan baharu.”

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan SPIN berjumlah RM6.1 juta kepada 842 usahawan sejak November lepas.

RM1,000 & RM5,000 Skim Pembiayaan Informal (SPIN) Untuk Usahawan Sektor Tidak Formal

Juga dapatkan 10 senarai pinjaman perniagaan usahawan PKS dan Bumiputera 2021 disini.

CARA MOHON SKIM PEMBIAYAAN INFORMAL (SPIN)

Berminat untuk memohon? Muat turun borang di bawah dan isikan dengan lengkap:

Anda boleh terus menghubungi pejabat TEKUN yang berhampiran sekiranya tidak jelas mengenai cara membuat permohonan SPIN.

Proses kelulusan dalam masa 7 hari bekerja. (Tertakluk pada terma dan syarat)

GALAKAN MENDAFTARKAN PERNIAGAAN DENGAN SSM

Data Jabatan Perangkaan menunjukkan terdapat hampir 1.26 juta guna tenaga dalam sektor tidak formal dengan 71.7 peratus daripadanya bekerja sendiri atau mengusahakan perniagaan mikro.

Wan Junaidi berkata, pada masa sama, SPIN juga menggalakkan usahawan untuk mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM bagi membolehkan mereka membuat pembiayaan secara ulangan.

Sebanyak 26,326 permohonan bagi Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro (CBRM) di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) membabitkan nilai pembiayaan RM200 juta, telah diluluskan sejak dilancarkan pada April lepas.

Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pula telah memberi manfaat kepada 14,966 usahawan dengan nilai pembiayaan berjumlah RM100 juta.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Pembiayaan Informal SPIN TEKUN di saluran berikut:

  • TEKUN NASIONAL
    Ibu Pejabat TEKUN Nasional
    T5-01-01, Menara 5,
    Jalan Lingkaran Tengah, Lingkaran Maju ( Maju Link ),
    57000 Bandar Tasik Selatan,
    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Laman web: www.tekun.gov.my
  • Telefon: 03-9059 8888. No. Faks: 03-9059 9292.
  • Emel: [email protected]

BERNAMA

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...