Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

RM300 Kompaun Jika Sengaja Redah Banjir & Ingkar Arahan

884

Banyak berita yang memaparkan tentang kejadian kenderaan yang terbabas dan terperangkap di dalam air banjir kerana ingkar arahan untuk tidak meredah jalan yang dinaiki air.

Ada yang sehingga kehilangan nyawa akibat kedegilan pemandu dan penunggang motorsikal ini seterusnya memaksa pihak berkuasa untuk menguatkuasakan undang-undang demi keselamatan pengguna jalan raya.

Jika tidak mahu dikompaun sebanyak RM300, jangan sengaja redah air banjir dan ingat keselamatan diri anda serta orang lain yang berada sama anda ketika melalui jalan tersebut.

JUMLAH KOMPAUN DEGIL REDAH JALAN BANJIR

Individu yang ingkar arahan ini boleh dikenakan kompaun sehingga RM300.

JALAN ALTERNATIF DISEDIAKAN & JANGAN INGKAR ARAHAN

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, pihaknya tidak akan berkompromi lagi dengan golongan itu apatah lagi, negeri itu mencatatkan beberapa kes pemandu meredah jalan yang sudah ditutup kerana dinaiki air dan terdapat laluan alternatif disediakan.

Disebabkan hal ini, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mengingkari arahan terutama meredah banjir di kawasan yang diletakkan papan tanda amaran.

RM300 Kompaun Jika Sengaja Redah Banjir & Ingkar Arahan

KOMPAUN RM300 JIKA SENGAJA REDAH BANJIR MENGIKUT SEKSYEN 79 (2) AKTA PENGANGKUTAN JALAN

Pihak Polis tidak akan bagi peluang dan memaafkan mana-mana individu yang berdegil dan ingkar dengan arahan diberikan.

Sebelum ini, pihak Polis tidak ambil apa-apa tindakan namun selepas ini tindakan akan diambil mengikut Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana gagal mematuhi isyarat papan tanda.

TUJUAN PENGUATKUASAAN KOMPAUN RM300

Tujuan penguatkuasaan itu juga langkah melindungi orang ramai memandangkan terdapat individu yang hanyut bersama kenderaan apabila meredah air.

Selain dari itu penguatkuasaan arahan dan kompaun ini adalah kerana pihak Polis telah berulang kali mengingatkan pemandu atau penunggang tidak mengambil risiko walaupun laluan itu adalah jalan yang biasa dilalui sebelum ini.

Air banjir ini biasanya keruh dan anda tidak nampak keadaan sebenar jalan yang mungkin suduh runtuh atau rosak disebabkan banjir seterusnya berbahaya untuk pengguna jalan raya.

Sehingga kini, sebanyak tiga kes kenderaan meredah banjir direkodkan dengan semua kejadian itu berlaku di Kemaman.

Insiden terbaharu berlaku kelmarin apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda dihanyutkan air di bawah Jambatan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Chukai.

RM300 Kompaun Jika Sengaja Redah Banjir & Ingkar Arahan

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...