Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat SPNB 2018/2019

Program Rumah Mesra Rakyat SPNB diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri dan selesa.

Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh SPNB Mesra Sdn Bhd yang pada awalnya adalah sebagai ‘Special Purpose Vehicle’ untuk melaksanakan Skim Rumah Keluarga Nelayan di Terengganu.

Terdapat 2 program yang ditawarkan iaitu:

  1. Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)
  2. Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPLUS)

RMR1M bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Manakala RMRPLUS adalah satu model perniagaan baru yang mengambil konsep asas RMR1M namun dikhususkan kepada golongan yang mempunyai tanah sendiri tetapi tidak memenuhi kriteria minima permohonan RMR1M.

Program RMRPlus adalah program alternatif yang mensasarkan golongan yang tidak layak mendapat subsidi di bawah Program RMR1M kerana melebihi syarat minimum program.

Selain itu, anda juga boleh memohon rumah PR1MA bagi penjawat awam dan mohon skim MyDeposit di mana kerajaan membantu anda membayar 10% deposit rumah.

Bagi yang tinggal di Selangor anda boleh mohon skim Rumah Selangorku.

Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)

Berikut antara ciri-ciri rumah mesra rakyat tersebut:

rumah mesra rakyat spnb

Syarat Permohonan RMR1M

Syarat Permohonan RMR1M

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 hingga 65 tahun.
  • Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.
  • Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.
  • Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.

Contoh Rumah Mesra Rakyat RMR1M

Contoh Rumah Mesra Rakyat RMR1M

Cara Memohon RMR1M

  1. Dapatkan borang permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB dari pejabat wakil rakyat atau download dari laman web http://www.spnbmesra.com.my/
  2. Isi dan lengkapkan borang permohonan
  3. Hantar borang yang lengkap diisi beserta dokumen diperlukan
  4. SPNB akan menilai sama ada layak atau tidak (akan dimaklumkan)

Sehingga 31 Oktober 2017, sebanyak 40,107 unit RMR1M telah siap dibina di seluruh negara. Sebanyak 89,859 permohonan diterima namun 30,066 permohonan ditolak kerana tidak layak.

Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPLUS)

Syarat-syarat permohonan RMRPLUS adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Syarat tanah adalah tertakluk kepada keluasan rekabentuk dan kaedah pembiayaan

Kaedah pembiayaan Rumah Mesra Rakyat Plus sama ada tunai atau melalui pinjaman bank sahaja.

Antara ciri-ciri rumah yang ditawarkan:

  • Keluasan 1,000 – 1,200 kps
  • Harga dari RM108,888

FAQ Rumah Mesra Rakyat SPNB

Q: Kenapa terdapat perubahan kepada bayaran balik bulanan?

A: Terdahulu, Program RMR1M dibiayai oleh Kerajaan melalui peruntukan geran dan subsidi penuh. Terkini sebahagian daripada pembiayaan pembinaan perlu dibiayai oleh pemohon melalui pinjaman daripada institusi kewangan yang diuruskan oleh anak syarikat SPNB.

Q: Berapa lama tempoh permohonan akan diluluskan?

A: Tiga (3) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima dan menepati syarat tertakluk kepada peruntukan kewangan dan kelulusan pembiayaan.

Q: Bolehkah pemohon memohon sekiranya tuan tanah meninggal?

A: Tidak dibenarkan kerana syarat utama adalah perlu mendapatkan kebenaran daripada tuan tanah.

Q: Berapa lama tempoh pembinaan rumah mesra rakyat SPNB?

A: Tidak melebihi 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong/tarikh perjanjian.

Info lanjut hubungi SPNB Mesra Sdn Bhd di talian +603 2618 5555

Comments
Loading...