Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jangan Masuk 6 Sektor Pekerjaan Ini Jika Takut Dibuang Kerja Tahun 2018

0

Bagi graduan yang sedang mencari kerja, jika boleh pada masa sekarang elakkan dari berkhidmat di sektor yang berisiko dibuang kerja.

Kerana baru-baru ini dalam satu sidang akhbar seramai 50,000 dianggarkan bakal hilang pekerjaan.

Walaupun terdapat skim bantuan seperti SIP PERKESO, namun ianya cuma untuk tempoh 3 bulan sahaja.

Berikut kami kongsikan antara 6 sektor pekerjaan paling berisiko dibuang kerja tahun 2018.

Mengikut Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan, selain sektor pembuatan berikut antara 5 lagi sektor yang dijangka mengalami pengurangan tenaga kerja:

  • Perkhidmatan
  • Insurans
  • Perbankan
  • Peruncitan
  • Pembinaan

“Antara faktor yang menyumbang kepada pengurangan tenaga kerja ini adalah levi yang dikenakan ke atas majikan untuk mengambil pekerja asing dan Skim Insurans Pekerja (EIS).

“Pelaksanaan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari dan cuti perseorangan turut menyumbangkan kepada faktor pengurangan tenaga kerja,” katanya yang dipetik dalam laporan The Sun Daily, semalam.

Mengikut rekod, seramai 38,499 pekerja kehilangan pekerjaan pada 2015. Angka itu bagaimanapun menurun pada 2016 iaitu 37,699.

Namun, bagi tahun lalu, setakat September 2017 seramai 30,700 pekerja diberhentikan.

Selain itu, Shamsuddin berkata, pelaksanaan gaji minimum yang dilaksanakan kerajaan pada Julai lalu, turut memberi impak terhadap majikan untuk menggaji pekerja.

“Sesetengah majikan pula, mungkin enggan mengambil pekerja baru bagi menggantikan mereka yang telah bersara, dengan alasan tidak mahu menanggung beban kos tambahan.

“Majikan juga lebih banyak mengambil langkah berhati-hati bagi mengurangkan risiko kerugian kepada syarikat,” katanya.

Sementara itu katanya, sektor automotif dijangka terus mengalami pengurangan pekerjaan, berikutan penggunaan robotik dan teknologi maklumat.

“Begitu juga dengan sektor perbankan dan insurans yang dijangka mengalami nasib sama.

“Sementara itu, syarikat multinasional juga dijangka beralih ke negara yang menawarkan kos buruh lebih murah seperti Kemboja dan Laos, di mana kos upah hanya RM402 sebulan berbanding RM1,000 di sini,” katanya.

Comments
Loading...