Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Semak Baki ASB Guna Maybank2u Online. Semak di ATM Pun Boleh

3,170

Kadar dividen dan bonus ASB akan diumumkan tidak lama lagi. Jadi, untuk membuat semakan baki, anda boleh lakukannya secara online atau melalui ATM sahaja. Anda tidak perlu ke kaunter ASB untuk membuat semakan kerana boleh semak dari rumah sahaja.

Semakan secara online adalah melalui Maybank2u dan ianya sangat memudahkan anda. Sekiranya anda belum membuat pendaftaran Maybank2u, boleh sahaja anda semak baki di mesin ATM Maybank yang terdekat dengan anda.

Jadi, tidak perlu lagi anda menyemak baki ASB anda melalui aplikasi ASB onlien atau MyASNB di telefon bimbit anda.

CARA MENYEMAK BAKI ASB MELALUI MAYBANK2U

Untuk menyemak baki ASB melalui Maybank2u, anda hanya perlu:

  • Login ke akaun Maybank2u
  • Terus ke bahagian WEALTH
  • Anda akan lihat ASNB ACCOUNT pada bahagian WEALTH
  • Klik VIEW dan semua akaun ASB anda akan dipaparkan beserta nombor akaun anda.
  • Klik akaun ASB yang anda ingin semak bakinya.

CARA TRANSFER WANG KE ASB SECARA ONLINE

Anda juga boleh membuat pindahan wang terus dari akaun Maybank ke akaun ASB anda secara online seperti berikut:

  • Login ke akaun Maybank2u
  • Klik PAY & TRANSFER
  • Klik TRANSFER
  • Pilih FROM TO: PREFERRED ACCOUNT dan TRANSFER TO: ASNB ACCOUNTS
  • Pilih akaun ASNB yang anda lakukan pindahan wang
  • Masukkan amaun wang pada bahagian TRANSFER AMOUNT
  • Klik √ pada TERMS & CONDITIONS
  • Klik TRANSFER untuk proses seterusnya
  • Semak dan klik CONFIRM untuk sahkan pindahan wang anda. Urusan anda selesai.
Nota: Masukkan nombor ASB dan pilih NEW TRANSFER jika anda ingin lakukan pindahan wang ke akaun ASB orang lain.
Anda akan dikenakan caj sebanyak RM1.00 bagi setiap transaksi yang berjaya.

CARA MEMBUAT SEMAKAN BAKI ASB DI ATM MAYBANK

Untuk membuat semakan baki ASB anda di ATM Maybank pula, sila ikuti langkah-langkah berikut:
  • Masukkan kad ATM anda.
  • Klik ASNB dan klik TERIMA.

Semak Baki ASB Guna Maybank2u Online. Semak di ATM Pun Boleh

Semak Baki ASB Guna Maybank2u Online. Semak di ATM Pun Boleh

  • Sahkan NOTIS dengan klik TERIMA.

Semak Baki ASB Guna Maybank2u Online. Semak di ATM Pun Boleh

  • Klik DAFTAR ASNB KE KAD ATM untuk pertama kali dan klik YA.

Semak Baki ASB Guna Maybank2u Online. Semak di ATM Pun Boleh

Semak Baki ASB Guna Maybank2u Online. Semak di ATM Pun Boleh

  • Seterusnya klik PERTANYAAN BAKI dan masukkan kod produk ASNB.

Semak Baki ASB Guna Maybank2u Online. Semak di ATM Pun Boleh

Nota: Hanya untuk semak baki dan pelaburan tambahan sahaja. Tidak boleh membuat pengeluaran.
Dapatkan segera kadar DIVIDEN ASNB 2020 disini.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di:

Telefon: 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam)

Emel: [email protected]

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...