Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bagaimana Kurangkan Pembayaran Cukai Pendapatan Anda Melalui 22 Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Ini

0 2,216

Bagi individu yang bergaji minimum RM2,833.33 sebulan (selepas potongan KWSP) anda wajib membayar cukai pendapatan.

Namun jangan risau kerana terdapat 22 cara bagaimana anda boleh kurangkan cukai dengan pelepasan cukai 2017 seperti yang dimaklumkan oleh LHDN tahun ini.

Sebaiknya anda bersiap sedia dari sekarang sebelum isi Borang Nyata Cukai Pendapatan yang perlu dihantar secara online melalui e-Filing LHDN bermula 1 Mac 2018.

Senarai Pelepasan Cukai 2017

Berikut adalah 22 senarai pelepasan cukai pendapatan taksiran tahun 2017.

1. Individu dan saudara tanggungan (RM9,000)

2. Penjagaan Ibu Bapa

  • Perbelanjaan rawatan perubatan,keperluan khas dan penjaga ibu bapa ( Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan), (RM5,000) ATAU
  • Ibu dan Bapa (RM3,000)
    Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
    Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa

3. Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya) (RM6,000)

4. Individu Kurang Upaya (RM6,000)

5. Yuran Pendidikan (Sendiri) (RM7,000)

  • Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
  • Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian

6. Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak) (RM6,000)

7. Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak) (RM500)

8. Gaya Hidup (RM2,500)

  • Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
  • Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
  • Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan
  • Bayaran langganan internet

9. Pembelian peralatan penyusuan (RM1,000)

10. Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah (RM1,000)

11. Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah simpanan dalam tahun 2017 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2017) (RM6,000)

12. Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar. (RM10,000)

Syarat Kelayakan

  • pemastautin warganegara Malaysia;
  • pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
  • perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan
  • rumah kediaman tersebut tidak disewakan.

Di mana:

  • 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan
  • jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut:
    A x B/C

A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;
B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan;
C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu

13. Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri (RM4,000)

14. Suami/Isteri kurang upaya (RM3,500)

15. Anak di bawah umur 18 tahun (RM2,000)

16. Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) (RM2,000)

17. Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut: (RM8,000)

  • mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
  • mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
  • kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

18. Anak Kurang upaya (RM6,000)

Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

19. Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji (RM6,000)

20. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021. (RM3,000)

21. Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji (RM3,000)

22. Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) (RM250)

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...