Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Servis Sahur Food Delivery, Order Jer Jika Tak Tahu Nak Makan Apa Masa Sahur Nanti

2,287

Nak makan apa ya untuk bersahur nanti ya? Setiap kali masuk bulan Ramadan mesti fikir menu untuk sahur. Anda jangan risau tentang menu untuk bersahur. Pada bulan puasa juga ada disediakan perkhidmatan menghantar makan pada waktu sahur. Bagi anda yang berada di sekitar Lembah Klang, ini adalah berita baik buat anda.

Mint

Restoren MInt bekerjasama dengan syarikat penghantaran makanan Dah Makan menawarkan kepada anda makanan yang seimbang untuk bersahur. Penghantaran akan dilakukan bermula jam 2 pagi hingga 4 pagi. Anda akan menikmati hidangan yang mewah seperti Moroccan Lamb Tagine dengan Couscous, Brazilian Seafood Stew, Chicken Tikka Masala dan Pasta Salmon. Anda hanya tunggu 20 minit sahaja dan terus menikmati makanan setelah sampai.

Harga : RM25 – RM35 / 1-2 pax

mint

Dish By Ili

Dish By Ili pula menawarkan pelbagai jenis makanan sepanjang bulan Ramadan ini dengan menyiapkan hidangan utama seperti pelbagai jenis lauk, hidangan pembuka dan pencuci mulut. Hidangan utama mereka adalah seperti Moroccan Lamb, Ayam Masak Lemak dan Roast Chicken. Penghantaran bermula pada jam 1 petang hingga 4 petang. Perkhidmatan percuma bagi penghantaran sekitar 12 km dari Bangsar.

Jika anda inginkan maklumat lanjut mengenai Dish By Ili, sila kunjungi laman web ini : Dish By Ili

Harga :

  • RM70 : 2 / 3 pax
  • RM160 : 4/6 pax

dish by ili

Root Cellar KL

Root Cellar KL pula menawarkan menu khusus untuk sahur sepanjang bulan Ramadhan. Set yang ditawarkan adalahCcrostini keju dan keropok,Sandwich lazat yang diisi dengan daging yang lembut dan ayam panggang, serta pelbagai sup dan salad. Mereka juga menawarkan add-on untuk makanan berserat seperti  bircher muesli. Perkhidmatan penghantaran  terhad di kawasan seprti Bangsar, Sri Hartamas dan Damansara Heights sahaja. Pelanggan juga dialu-alukan untuk mengambil sendiri makan yang ditempah di cawangan Bangsar.

Harga : RM120 – RM150 (4/6 pax).

root cellar kl

Healthy Lunchbox

Manakala Healthy Lunchbox pula menyediakan menu berbuka dan bersahur yang berbeza setiap hari dengan pelbagai lauk pauk serta buah-buahan seperti Sweet Sour Ketam,  Ayam Masak Merah dan Salmon Panggang . Penghantaran akan bermula pada jam 3 petang hingga 6 petang. Lakukan tempahan sebelum jam 8 malam untuk mengelakkan sebarang masalah. Anda boleh memilih pakej makanan mengikut jumlah orang yang akan makan bersama anda nanti.

Harga : RM16 / pax

healthy

Epic Fit Meals

Epic Fit Meals pula menyediakan penghantaran percuma bermula seawal jam 11 pagi hingga 11 malam setiap hari. Penghantaran dilakukan di sekitar Damansara Perdana, Damansara Kim, Tropicana dan Kota Damansara. Jaminan penghantaran adalah 45 minit selepas tempahan dilakukan. Menu yang ditawarkan adalah Chicken Chop, Wrap, Pizza, Salad dan pelbagai lagi menu spesial seperti Nasi Lemak Pizza dan Agua Mello Smoothie.

Harga : RM12.80 – RM19.80 / pax.

epic

Tiada masalah untuk anda bersahur dan berbuka puasa lagi selepas ini. Tempah dan tunggu sahaja.

Selamat membuat tempahan dan selamat menikmati makanan anda.

Sumber :

  • poskod.my
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...