Preview
Portal Kini.
Bantuan Kerajaan

Kerajaan Tanggung Deposit Rumah Pertama Anda Sehingga RM30k Di Bawah Skim Ini

Bagi anda yang sedang merancang untuk membeli rumah pertama perlu mengambil sepenuh manfaat daripada skim MyDeposit 2018 di mana kerajaan akan menanggung kos pembiayaan deposit sehingga RM30,000. Permohonan untuk Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama atau MyDeposit 2018 telah dibuka sejak 15 Disember...

Bagi anda yang sedang merancang untuk membeli rumah pertama perlu mengambil sepenuh manfaat daripada skim MyDeposit 2018 di mana kerajaan akan menanggung kos pembiayaan deposit sehingga RM30,000.

Permohonan untuk Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama atau MyDeposit 2018 telah dibuka sejak 15 Disember 2017 sehingga bulan 15 Februari nanti.

Melalui MyDeposit, pembeli rumah pertama boleh mendapat sumbangan satu kali sebanyak 10% daripada harga jualan atau maksimum RM30,000 (mana yang lebih rendah). Jumlah ini tidak perlu dibayar balik kerana sumbangan adalah daripada kerajaan.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique mendedahkan bahawa sejumlah 1,469 permohonan telah pun diluluskan dengan bayaran lebih daripada RM39 juta di bawah skim ini.

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu anda penuhi bagi memohon skim MyDeposit:

Untuk makluman, hartanah yang dibeli mestilah dari projek perumahan baru berlesen dari pemaju perumahan berlesen. Projek perumahan oleh kerajaan persekutuan dan negeri seperti PPA1M, PR1MA, RUMAWIP, PPR, dan MyHome tidak boleh dibeli melalui skim ini.

Pastikan anda baca juga cara memohon rumah PR1MA 2018.

Telah ditetapkan bahawa hartanah yang dibeli melalui skim MyDeposit tidak boleh dijual selama 10 tahun, berkuat kuasa dari tarikh Perjanjian Jual Beli.

Bagi yang berminat untuk memohon skim MyDeposit, anda boleh menghantar permohonan secara online.

Permohonan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang layak. Permohonan boleh dibuat secara online dengan membuka akaun di laman web SPRN.

Pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut:

Selebihnya boleh dapatkan di sini.

Proses permohonan akan selesai dalam tempoh dua bulan selepas tarikh tutup. Untuk maklumat lanjut mengenai skim MyDeposit, layari laman web Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

— Akhir —
Topik Berkaitan #mydeposit 2018
BACAAN SETERUSNYA

Jangan Masuk 6 Sektor Pekerjaan Ini Jika Takut Dibuang Kerja Tahun 2018

Baca Artikel Seterusnya
Komunikasi Langsung

Terima
Bacaan
Pilihan.

> Masukkan alamat emel anda.

> Kami hantar bacaan pilihan secara berkala.

> Ringkas, terpilih dan mudah dibaca.

>
/// Mesej Pantas ///