Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Maksimum RM50,000 Skim Pembiayaan Lepasan IPMa (SEMAi) MARA. Semak Syarat Serta Skop Pembiayaan Disini

1,988

MARA sangat menggalakkan kaum bumiputera khasnya untuk berniaga dan oleh hal yang demikian, MARA telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan serta kemudahan pembiayaan perniagaan yang diperlukan untuk memulakan sebarang perniagaan.

Bagi pelajar lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa), pihak MARA juga telah menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan kepada mereka menjalankan perniagaan yang bersifat komersil.

Baca juga: MARA: 13 Senarai Bantuan / Pinjaman Perniagaan. Semak Syarat Permohonan Disini

SYARAT ASAS DAN SYARAT KHUSUS SKIM PEMBIAYAAN LEPASAN IPMa (SEMAi)

Antara syarat asas dan syarat khusus yang ditetapkan ialah:

Syarat-syarat Asas

  • Warganegara dan Bumiputera.
  • Berumur 18-60 tahun.
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM).
  • Mempunyai premis perniagaan.
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa.
  • Perniagaan patuh Syariah.
  • Bebas dari senarai hitam MARA.
  • Lulus ujian psikometrik (markah 50% ke atas).

Syarat-syarat Khusus

  • Lepasan IPMa yang menamatkan pengajian dengan jayanya.
  • Mendapat surat sokongan daripada Pengawal Pusat di tempat menjalani latihan / belajar.
  • Memula/ mempertingkatkan perniagaan yang sama atau berkaitan dengan kursus yang diikuti di IPMa; Atau Menjalankan perniagaan dalam bidang yang lain sekurang-kurangnya enam (6) bulan.

SKOP PEMBIAYAAN SKIM PEMBIAYAAN LEPASAN IPMa (SEMAi)

Skop pembiayaan yang ditawarkan melalui Skim Pembiayaan Lepasan IPMa (SEMAi) ialah:

  • Modal Pusingan
  • Pembelian Mesin dan Peralatan
  • Ubah suai premis perniagaan

HAD PEMBIAYAAN & TEMPOH PEMBIAYAAN

Had pembiayaan adalah sebanyak:

  • Minima : RM10,000.00
  • Maksimum : RM50,000.00

Tempoh pembiayaan yang ditawarkan kepada lepasan IPMa adalah:

  • 1 hingga 5 tahun atau 12 hingga 60 bulan

CARA PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN LEPASAN IPMa (SEMAi)

Permohonan adalah secara online dan klik pautan berikut untuk permohonan:

  • Daftar pengguna baru, isikan maklumat dengan betul dan tepat dan klik DAFTAR.

Maksimum RM50,000 Skim Pembiayaan Lepasan IPMa (SEMAi) MARA. Semak Syarat Serta Skop Pembiayaan Disini

  • Setelah siap, log masuk semula dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah anda daftarkan sebentar tadi.

Maksimum RM50,000 Skim Pembiayaan Lepasan IPMa (SEMAi) MARA. Semak Syarat Serta Skop Pembiayaan Disini

  • Hantarkan permohonan anda dan sertakan bersama dokumen sokongan yang diperlukan.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Senarai dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan Skim Pembiayaan Lepasan IPMa (SEMAi) adalah:

Baca juga: SPiM PENJANA IPTS MARA: RM500,000 Hingga RM50 Juta Bantuan Usahawan IPTS Bumiputera

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Pembiayaan Lepasan IPMa (SEMAi), sila hubungi:

  • Pembiayaan Perniagaan (BPN) MARA
  • Pejabat MARA Daerah (PMD)
  • Pejabat MARA Negeri(PMN)
  • [email protected]
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...