Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Skim Latihan Akademik Bumiputra (SLAB) /Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI)

3,840

Tenaga pengajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) digalakkan untuk meningkatkan kualiti akademik berkelayakan PhD atau setaraf mengikut pencapaian yang telah ditetapkan.

Oleh itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menyediakan Skim Latihan Akademik Bumiputra (SLAB)/ Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) agar tenaga pengajar di IPTA memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh KPM.

Jika anda berminat untuk menjadi tenaga pengajar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), anda boleh mendaftar di MySPP secara online seperti di pautan berikut:

OBJEKTIF SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTRA(SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

Antara objektif Skim Latihan Akademik Bumiputra (SLAB)/ Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) ialah:

  • Meningkatkan kualiti anggota akademik berkelayakan PhD atau setaraf bagi mencapai 75% di Universiti Penyelidikan (RU) dan 60% di Universiti Bukan Penyelidikan pada tahun 2015.
  • Merupakan sebagai salah satu strategi untuk memperkasakan pengajian tinggi negara bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pengajian tinggi serantau.
  • Menambahkan keperluan tenaga pengajar yang mendesak mengikut keperluan disiplin, menyokong pelaksanaan rancangan latihan sedia ada yang dijalankan oleh IPTA.
  • Meningkatkan mutu pengajaran dan pendidikan di IPTA melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.

GOLONGAN SASARAN

Antara golongan sasaran untuk mengikuti Skim Latihan Akademik Bumiputra (SLAB)/ Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) ialah:

  • Tutor
  • Felo
  • Pensyarah IPTA

Semua golongan sasaran ini akan mengikuti pengajian diperingkat seperti berikut:

  • Ijazah kedoktoran atau setaraf di semua universiti dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan.

SYARAT PERMOHONAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTRA(SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

Antara syarat permohonan yang telah ditetapkan adalah:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak lebih daripada 45 tahun untuk peringkat pengajian Sarjana dan 43 tahun bagi peringkat PhD.
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.0 ke atas atau Kelas Dua Atas.
  4. Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja.
  5. Tiada ikatan perjanjian dengan pihak-pihak lain.
  6. Lulus Tapisan Keselamatan Kerajaan.
  7. Permohonan diperakukan oleh pihak universiti.
  8. Bebas dari tindakan mahkamah atau tindakan tatatertib.
  9. Menyediakan kertas cadangan pengajian (proposal).

SYARAT TAMBAHAN BAGI PERMOHONAN PENGAJIAN LUAR NEGARA

  1. Mendapat tawaran tempat pengajian dan diterima masuk ke universiti yang mempunyai ranking atau rating yang ditetapkan.
  2. Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris sama ada TOEFL 600 (paper based) atau 240 (computer-based) atau 92 (internet-based) atau IELTS sekurang-kurangnya lulus band 6.5.
  3. Lulus dengan jayanya Kursus Khas Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara.

IKATAN PERJANJIAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTRA(SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

Calon juga perlu mematuhi ikatan perjanjian Skim Latihan Akademik Bumiputra (SLAB)/ Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Setiap calon mempunyai dua ikatan perjanjian iaitu bersama IPTA selaku majikan dan KPT bagi pihak Kerajaan dan tempoh kontrak berkuat kuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian.
  • Kedua-dua perjanjian berjalan serentak kecuali jika pegawai mempunyai baki tempoh kontrak dari perjanjian yang terdahulu atau pemindahan kontrak dari penaja lain seperti JPA, maka baki kontrak tersebut perlu diselesaikan terlebih dahulu bermula dari tarikh pegawai melapor diri selepas menamatkan pengajian.
  • Kegagalan disebabkan pelanggaran perjanjian, tindakan ganti rugi akan dikenakan.

CARA MOHON SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTRA(SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

Anda yang berminat untuk mengikuti Skim Latihan Akademik Bumiputra (SLAB)/ Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) dengan:

  • Mengemukakan permohonan melalui pegawai biasiswa/pegawai Hal Ehwal Pelajar di pusat pengajian masing-masing.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Latihan Akademik Bumiputra (SLAB)/Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI), sila hubungi:

  • Unit Skim Latihan Akademik IPTA
    Bahagian Biasiswa
    Kementerian Pendidikan Tinggi,
    Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
    62200 Putrajaya
  • Talian Utama : 03 – 8870 6000 (samb.)
  • Faks : 03 – 8870 6839
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...