Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Soalan Temuduga : ” Adakah Anda Bersedia Untuk Berpindah?” Bagaimana Hendak Jawab?

2,166

Proses temuduga berjalan dengan lancar. Tiba-tiba panel penemuduga bertanyakan soalan ini, “Adakah anda bersedia untuk berpindah?”

Mungkin anda terfikir, belum lagi dapat kerja, sudah bertanyakan soalan begini. Setiap soalan yang dikemukakan mempunyai alasannya yang tersendiri.

Mungkin juga soalan ini digunapakai untuk temuduga kenaikan pangkat yang memerlukan anda untuk berpindah ke cawangan yang lain.

Jadi, apakah yang perlu anda jawab? Bagaimana untuk menjawab soalan ini?

Mengapa majikan bertanya “Adakah anda bersedia untuk berpindah?”

Ini adalah salah satu strategi majikan untuk memilih calon yang sesuai untuk memegang jawatan tersebut. Majikan juga memikirkan kesan jangka panjang di mana terdapat pekerja tidak dapat bekerja di syarikat tersebut akibat jarak perjalanan yang jauh untuk berulang alik dan membuatkan majikan kerugian masa untuk mencari pekerja yang baru.

pindah kerja

Bagaimana menjawab “Adakah anda bersedia untuk berpindah?”

Untuk menjawab soalan ini, pastikan anda :

  • Menjawab soalan dengan jujur
  • Buat rancangan untuk berpindah
  • Menyatakan semangat untuk jawatan tersebut
  • Kongsi rancangan anda untuk berpindah
  • Pastikan majikan yakin dengan jawapan

1. Menjawab soalan dengan jujur

  • Jawab soalan ini dengan jujur.
  • Sebelum memohon dan menerima pekerjaan ini, anda harus memahami bahawa anda akan bekerja dan melalui perubahan gaya hidup baharu.
  • Anda juga boleh menjawab dengan jujur bahawa anda agak sukar untuk membuat perjalanan yang jauh tetapi dalam masa yang sama nyatakan bahawa anda sangat gembira untuk menerima pekerjaan ini.

2. Buat rancangan untuk berpindah

  • Teliti kos sara hidup di mana anda akan berpindah. Bandingkan kos sara hidup anda sekarang dengan lokasi baru dengan pendapatan anda.
  • Pertimbangkan kawasan yang anda akan tinggal. Berpindah dari bandar besar untuk bekerja di kawasan luar bandar merupakan perubahan besar dalam gaya hidup. Semakin teliti anda meneliti potensi hidup anda di lokasi baru anda, lebih jujur anda dapat menjawab soalan tersebut.
  • Sebaik sahaja anda memahami kos sara hidup yang baru, kaji susunan hidup. Pertimbangkan kos kediaman dan jarak perjalanan anda. Pastikan sewa rumah berada di dalam lingkungan bajet anda.
  • Pindah juga memerlukan sedikit masa. Jadi anda mungkin memerlukan masa hingga seminggu untuk mengemas, memindahkan dan menyusun barang-barang anda.

3. Menyatakan semangat untuk kedudukan

  • Semasa memberikan jawapan, nyatakan kesediaan anda untuk berpindah tempat kerja dengan menyatakan kegembiraan anda mengenai pekerjaan anda.
  • Ini menunjukkan anda mempunyai motivasi yang kuat untuk berjaya dengan jawatan tersebut.

4. Kongsi rancangan anda untuk berpindah

  • Tidak perlu ceritakan semua plan berpindah anda kepada majikan atau Pengurus Sumber Manusia. Tetapi dengan menyatakan beberapa strategi tentang hal ini membuatkan anda terlihat serius untuk memegang jawatan yang ditawarkan.
  • Jawapan ini juga dapat menunjukkan bahawa anda bersikap bijaksana dan proaktif bahkan berkualiti untuk jawatan yang lain.

5. Pastikan majikan yakin dengan jawapan

  • Setelah menjelaskan rancangan dan semangat anda, yakinkan majikan mengenai kemampuan anda untuk berpindah.
  • Ceritakan mengenai langkah seterusnya atau rancangan jangka panjang yang boleh anda buat setelah anda berpindah.

pinah kerja1

Contoh Jawapan

Berikut adalah beberapa contoh jawaban untuk pertanyaan, “Adakah anda bersedia untuk berpindah?”

“Saya tidak mempunyai masalah untuk berpindah dan menerima jawatan ini kerana saya percaya peluang untuk bergabung dengan staf anda sebagai pembangun perisian terlalu baik untuk ditolak. Saya telah meninjau kawasan berhampiran dan didapati ianya sesuai dengan kehendak saya di mana terdapat pelbagai kemudahan seperti dekat dengan sekolah, kedai, LRT, jarak yang dekat dan harga sewa rumah juga sangat berpatutan. Walaupun ia merupakan satu perubahan besar, saya bersedia untuk melakukannya.”

“Pindah dari Bukit Jelutong ke Setia Alam adalah satu perubahan besar bagi saya. Tetapi saya lebih bersedia untuk menerima jawatan ini. Walaupun saya terpaksa meninggalkan rakan sekerja yang baik dan berjauhan dengan keluarga. Tetapi saya sudah mendapat tawaran daripada rakan saya untuk tinggal serumah dengannya sekiranya saya berpindah ke Setia Alam.”

pindah kerja2

Jadi bagaimana? Adakah anda bersedia untuk berpindah setelah melihat jawapan dan alasan daripada majikan?

Semoga perkongsian ini memberi ilham dan semangat untuk anda untuk menjawab soalan dengan lebih tenang dan jujur.

Semoga bermanfaat.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...