Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

SOP Aktiviti Masjid & Surau Sepanjang Bulan Ramadan 1442H Untuk Panduan Anda

1,711

Menjelang bulan Ramadhan, Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlomba-lombanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu, kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini.” (HR At-Thabrani)

Jadi, umat Islam sewajarnya memfokuskan usaha untuk memperbanyakkan aktiviti ibadah dan mengimarahkan masjid atau surau sepanjang bulan Ramadan pada kali ini.

Namun anda diingatkan untuk mematuhi SOP Aktiviti Masjid dan Surau yang telah ditetapkan sepanjang Ramadan 2021/1443H.

TARIKH KUATKUASA SOP AKTIVITI MASJID & SURAU

Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menetapkan tarikh kuatkuasa SOP Aktiviti Masjid dan Surau adalah pada:

  • 12 April 2021 hingga 12 Mei 2021.

SOP AKTIVITI MASJID & SURAU SEPANJANG BULAN RAMADAN

Syukur kerana Ramadan kali ini umat Islam dibenarkan untuk menunaikan solat sunat Tarawih secara berjemaah di masjid dan surau dengan SOP yang agak ketat.

Berikut adalah SOP Aktiviti Masjid dan Surau sepanjang bulan Ramadan 1442H untuk panduan anda:

AKTIVITI DIBENARKAN PIHAK BERKUASA AGAMA NEGERI

Antara aktiviti yang dibenarkan ialah:

  • Solat berjemaah, Jumaat, solat fardu lima waktu, tarawih dan qiamullail.
  • Penyertaan jemaah lelaki, wanita dan kanak-kanak.
  • Program berbuka puasa dan moreh di masjid atau surau.
  • Majlis ilmu seperti tazkirah atau kuliah dibenarkan kecuali pada waktu antara pelaksanaan solat sunat tarawih.
  • Tadarus al-Quran.

Baca juga: Waktu Operasi Bazar Ramadan & Bazar Aidilfitri Seluruh Negara

PERANAN JAWATANKUASA MASJID/SURAU

Untuk memastikan SOP ini berjalan lancar, jawatankuasa Masjid/Surau perlu memainkan peranan mereka dengan:

  • Menyediakan juadah secara berbungkus untuk para Jemaah.
  • Jamuan sahur boleh disediakan secara berbungkus kepada jemaah yang menyertai qiamullail.
  • Program memasak dan mengedar bubur lambuk secara berbungkus kepada jemaah.

ETIKA JEMAAH

Antara etika jemaah yang digalakkan untuk mengekang penularan Covid-19 ialah:

  • Membawa sejadah sendiri adalah digalakkan.
  • Berwuduk di rumah, namun dibenarkan memperbaharuinya di masjid atau surau.
  • Minimum penjarakan satu meter.
  • Elakkan aktiviti bersalaman.
  • Pemakaian pelitup muka diwajibkan.

PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Pembayaran zakat fitrah adalah seperti berikut:

  • Secara manual atau terus kepada amil
  • Secara dalam talian melalui kaedah yang ditetapkan adalah digalakkan.

KAWALAN & PENGESANAN

Antara kawalan dan pengesanan yang perlu dilakukan ialah:

  • Jawatankuasa Masjid/Surau hendaklah mempunyai petugas lelaki dan wanita yang mencukupi bagi membantu kawalan jemaah.
  • Kehadiran menggunakan aplikasi MySejahtera atau direkodkan secara manual di dalam buku kehadiran sekiranya tiada capaian internet.

KAWALAN PENULARAN & JANGKITAN

Jawatankuasa Masjdi/Surau juga perlu memastikan jemaah:

  • Mengadakan kaunter di pintu masuk yang dihadkan bilangannya bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah.
  • Pemakaian pelitup muka adalah DIWAJIBKAN.
  • Kerap melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang wudhuk.
  • Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa.

SOP Aktiviti Masjid & Surau Sepanjang Bulan Ramadan 1442H Untuk Panduan Anda

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Maklumat lanjut mengenai SOP Aktiviti Masjid dan Surau sila dapatkan di:
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...