Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Sos Pencicah Thai Serbaguna Ini Sekali Rasa Terus Ketagih. Ini Resepinya

1,501

Kalau makan ada sos pencicah Thai memang selera pun lain macam. Makin lama makin berselera. Sos pencicah yang rasa masam manis pedas ini memang sesuai dimakan dengan apa saja makanan.

Cicah dengan sotong, udang dan ketam rebus pun sedap. Apatah lagi dimakan dengan ikan celup tepung, sotong goreng tepung dan ayam bakar.

Memang sesuai dengan namanya sos pencicah Thai serbaguna. memang sedap dimakan dengan apa saja dan juga boleh dijadikan pes untuk masakan ikan masak steam atau ‘Sweet Sour’.

Resepi Pencicah Thai Serbaguna

Bahan-Bahan 

  • Bawang putih : 7/8 ulas
  • Cili : bergantung pada kepedasan masing-masing
  • Akar pakchi / ketumbar
  • Limau nipis : 6/7 biji
  • Sos ikan : 2 1/2 sudu besar
  • Garam
  • Gula

Sos Ikan

sos ikan

Ketumbar

ketumbar

Cara Penyediaan

  • Tumbuk bawang putih, cili dan akar pakchi / ketumbar.
  • Kemudian perah limau nipis, sos ikan, letak gula, garam sikit (Sos ikan sudah masin dan berperisa).
  • Tambah air jika sos pencicah terlalu pekat
  • Siap untuk dimakan bersama hidangan.

sos 1

Cadangan Hidangan

  • Boleh dimakan bersama sotong, udang dan ketam stim.
  • Sos pencicah untuk sotong, udang, ketam dan ikan celup tepung.
  • Boleh dijadikan sos nasi ayam
  • Boleh dijadikan pes ikan siakap stim
  • Sos pencicah daging dan ayam bakar

 

sct

Selamat mencuba. Sekali rasa, pasti ketagih.

Sumber : Siti Zubaidah Ibrahim

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...