Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

RM200 Subsidi Baucar Pelancongan Selangor. Jom Tebus Segera

1,875

Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan Baucar Pelancongan Selangor sebanyak RM200 melalui Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!” sebagai langkah meningkatkan ekonomi negara melalui pelancongan negeri Selangor.

Ingin dapatkan manfaat Baucar Pelancongan Selangor sebanyak RM200? Jika ya, teruskan membaca perkongsian ini seterusnya dapatkan cara untuk menebusnya di sini.

Baca juga: Daftar & Ini Cara Claim Save 2.0 Shopee, Baucar RM200 Barang Elektrik

TARIKH PENEBUSAN RM200 SUBSIDI BAUCAR PELANCONGAN NEGERI SELANGOR

Penebusan subsidi baucar pelancongan ini boleh dibuat bermula:

  • 8 hingga 31 Januari 2021

TARIKH SAH LAKU RM200 SUBSIDI BAUCAR PELANCONGAN NEGERI SELANGOR

Tempoh sah laku pakej yang dibeli pula:

  • Sehingga 30 Jun 2021

RM200 Subsidi Baucar Pelancongan Selangor. Jom Tebus Segera

SYARAT KELAYAKAN RM200 SUBSIDI BAUCAR PELANCONGAN NEGERI SELANGOR

Syarat kelayakan untuk memohon RM200 subsidi Baucar Pelancongan Negeri Selangor ialah:

  • Orang awam berstatus warganegara atau Pemastautin Tetap Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
  • Setiap pengguna yang layak akan menerima subsidi Baucar Pelancongan Negeri Selangor bernilai RM200.00 secara sekali gus (“one-off”) dalam bentuk nilai mata elektronik e-dompet (Touch n’ Go e-Wallet) dan / atau e-baucar (Lazada Malaysia).
  • Setiap pengguna yang layak hanya berhak membuat sekali penebusan sahaja.
  • Tempoh penebusan Subsidi Baucar Pelancongan Negeri Selangor adalah mulai 8 sehingga 31 Januari 2021. Manakala tempoh sah laku penggunaan pakej pelancongan yang telah dibeli adalah sehingga 30 Jun 2021.
  • Pengguna yang membuat penebusan hendaklah mengemukakan MyKad yang sah atau dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Malaysia atau Pas Kerja atau apa-apa dokumen yang sah.
  • Baucar Pelancongan Selangor berdasarkan “First Come & First Served Basis”
Nota: Baucar ini perlu digunakan bagi pakej-pakej pelancongan terpilih yang akan melalui penyenaraian di aplikasi dompet elektronik Touch ‘n Go eWallet dan aplikasi ‘marketplace’ Lazada Malaysia melalui capaian khas pautan sesawang mikro ‘Kempen Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!’.
RM200 Subsidi Baucar Pelancongan Selangor. Jom Tebus Segera

CARA MEMBUAT PENEBUSAN RM200 SUBSIDI BAUCAR PELANCONGAN NEGERI SELANGOR

Untuk membuat penebusan, anda perlu tebus secara online di:

  • Lazada Malaysia dan Touch ‘n Go eWallet
  • Pengguna yang membuat penebusan hendaklah mengemukakan MyKad yang sah atau dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Malaysia atau Pas Kerja atau apa-apa dokumen yang sah.

RM200 Subsidi Baucar Pelancongan Selangor. Jom Tebus Segera

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan info terkini mengenai Baucar Pelancongan Selangor RM200 melalui:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...