Syarat Kemasukan Terkini Sekolah Menengah Teknik (SMT) Dan Kolej Vokasional (KV)

0

Selaras dengan cadangan serta usaha kerajaan bagi memperkasakan bidang kemahiran terutama daripada aspek tunjangnya iaitu pendidikan, sekolah-sekolah menegah teknik serta Kolej Vokasional (KV) di Malaysia mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Ribuan pelajar berminat untuk menyambung pengajian di SMT serta KV.

Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV) ini dibuka untuk pelajar sekolah menengah bermula daripada Tingkatan 4. Oleh itu, pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang mengambil PT3 ataupun Pendidikan Asas Vokasional (PAV) bolehlah memohon untuk masuk ke SMT dan KV sekiranya berminat.

SMT dan KV diletakkan sepenuhnya di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia serta menekankan aspek kemahiran kepada penuntut-penuntutnya. Oleh kerana itulah SMT dan KV menjadi tarikan ramai. Ditambah pula dengan keperluan industri pada masa kini yang kian meningkat.

Bukan itu sahaja, SMT serta KV turut diberi perhatian yang sangat tinggi oleh kerajaan. Pelbagai pembaharuan telah dijalankan terhadap SMT dan KV. Antaranya, peruntukan yang disediakan untuk SMT dan KV mencukupi untuk aktiviti-aktiviti yang ingin dijalankan.

Selain itu, usaha-usaha penambah baikan turut dijalankan di SMT dan KV. Hal ini sebagai salah satu usaha kerajaan untuk melahirkan generasi KV dan SMT yang hebat setanding dengan sekolah-sekolah yang lain.

Kajian yang dijalankan mendapati jumlah permohonan untuk memasuki SMT dan KV pada tahun lepas jauh lebih banyak daripada tahun sebelumnya. Hal ini jelas membuktikan bahawa SMT dan KV sangat digemari oleh rakyat Malaysia.

Jika anda juga berminat untuk belajar di KV atau SMT anda bolehlah mengemukakan permohonan. Namun, sebelum mengemukakan permohonan, pastikan anda memenuhi kesemua syarat kelayakan yang ditetapkan terlebih dahulu.

Dalam artikel ini akan dikongsikan Syarat Kemasukan Terkini Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV) yang harus anda penuhi untuk membuat permohonan bagi menyambung pengajian di SMT atau KV.

PERBEZAAN LEPASAN PBS DAN PAV

Sebelum pergi lebih lanjut kepada syarat kemasukan terkini SMT dan KV, ada baiknya jika anda mengetahui dahulu perbezaan pelajar lepasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) serta pelajar lepasan Pendidikan Asas Vokasional (PAV). Berikut merupakan perbezaannya.

PELAJAR LEPASAN PAV

Pelajar lepasan PAV telah mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang ada menawarkan PAV di kepada pelajar.

PELAJAR LEPASAN PBS

Pelajar lepasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pula adalah pelajar yang menduduki PBS di sekolah menengah yang melibatkan 4 pentaksiran iaitu

  • Pentaksiran Pusat (PT3)
  • Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK)
Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Pentaksiran Sekolah (PS)

SYARAT UMUM DAN SYARAT KHUSUS PROGRAM APPRENTICESHIP/KEMAHIRAN DI KV

Berikut merupakan syarat umum serta syarat khusus bagi program apprenticeship ataupun kemahiran di Kolej Vokasional (KV) bagi pelajar Tingkatan 3 yang mengikuti PAV

  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar mestilah daripada Program PAV Tingkatan 3
  • Sihat tubuh badan.
  • Calon perlulah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
  • Calon bebas daripada sakit mental
  • Calon berminat dengan program dipohon
  • Calon menguasao 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
  • Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/ BUTA WARNA
  • Untuk calon yang memohon ke GIATMARA, calon mestilah berstatus Bumiputera
    Calon PAV yang ingin memohon ke WISDEC/ GIATMARA boleh memohon sepanjang tempoh rayuan bergantung kepada kekosongan tempat

Berikut merupakan syarat umum serta syarat khusus bagi program apprenticeship ataupun kemahiran di Kolej Vokasional (KV) bagi pelajar Tingkatan 3 yang mengikuti aliran perdana Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

  • Warganegara Malaysia
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan/ Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2018 yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)
  • Calon sihat tubuh badan
  • Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit­-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
  • Calon bebas daripada sakit mental
  • Calon berminat dengan program dipohon
  • Calon menguasao 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
  • Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/ BUTA WARNA
  • Bagi calon yang memohon ke GIATMARA, calon mestilah berstatus Bumiputera

Maklumat Lanjut Berkaitan Syarat Permohohan Program Apperenticeship KV: Klik Sini

SYARAT UMUM DAN SYARAT KHUSUS PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (KV)

Berikut merupakan syarat umum serta syarat khusus bagi program Kolej Vokasional (KV) untuk pelajar Tingkatan 3 yang mengikuti aliran perdana Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia
  2. Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM
  3. Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2018 yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)
  4. Calon sihat tubuh badan
  5. Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit­-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
  6. Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA
  7. Calon bebas daripada masalah mental
  8. Calon meminati program yang dipohon.

Syarat Khusus

  1. Calon memperoleh sekurang­kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup (Keputusan PT3); dan
  2. Calon memperoleh sekurang­kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah­PS)

Maklumat Lanjut Tentang Syarat Kemasukan Pelajar PBS: Klik Sini

SYARAT UMUM DAN SYARAT KHUSUS KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) ALIRAN TEKNIKAL

Berikut pula merupakan syarat umum serta syarat khusus bagi pelajar Tingkatan 3 yang mengikuti aliran perdana untuk memasuki Sekolah Menengah Teknik (SMT).

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia
  2. Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan /Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM
  3. Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2018 yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)
  4. Calon sihat tubuh badan
  5. Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit­-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
  6. Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/ BUTA WARNA
  7. Calon bebas daripada masalah mental; dan
  8. Calon berninat dengan program dipohon

Syarat Khusus

  1. Untuk semua kursus yang ditawarkan seperti Kejuruteraan Mekanikal, Elektrik & Elektronik, Kejuruteraan Awam, Sains Pertanian dan Perdagangan pemohon hendaklah memperoleh sekurang­kurangnya C bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Kemahiran Hidup
  2. Memperoleh sekurang­-kurangnya D dan Band 4 bagi mata pelajaran Sains

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN SMT DAN KV

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan permohonan kemasukan ke SMT dan juga KV, anda bolehlah layari laman web Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional. Link untuk ke laman web tersebut telah kami sediakan di bawah. Sila klik link tersebut.

Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional: Klik Sini

Syarat Kemasukan Terkini Sekolah Menengah Teknik (SMT) Dan Kolej Vokasional (KV)

Sedikit nasihat daripada kami, pastikan anda meneliti kesemua syarat-syarat ini untuk memastikan anda betul-betul layak. Jika tidak, permohonan anda akan ditolak tepi dan ini pastinya akan menghampakan anda. Jadi, sila semak syarat-syarat ini dengan teliti. Selamat berjaya!

Comments
Loading...