Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Update: Tarikh Baru Sekolah Dibuka Sepanjang PKP 2021

2,934

Terkini, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa seluruh negara dilaksanakan perintah PKP, PKPB dan PKPP. Bagaimana pula dengan sesi persekolahan yang akan dibuka nanti? Adakah ditunda lagi atau kekal?

Ibu bapa dan pelajar tidak perlu panik kerana pihak kerajaan telah melakukan yang terbaik dan golongan ibu bapa serta pelajar tidak perlu khuatir mengenai tarikh persekolahan tersebut.

Baca juga: Murid Tahun 1 Hingga Tingkatan 5 Terima RM100 Bantuan Awal Persekolahan (BAP) KPM

Ini adalah kerana Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan tarikh baru sekolah dibuka selepas PKP 2021 melalui Menteri Kanan Pendidikan Malaysia, Dr Radzi Jidin.

TARIKH BUKA SEKOLAH SEPANJANG PELAKSANAAN PKP

Menteri Kanan Pendidikan Malaysia, Dr Radzi Jidin mengumumkan bahawa sesi persekolahan bagi tahun 2021 ialah pada:

  • 20 Januari 2021

SESI PEMBELAJARAN MENGIKUT KAWASAN PELAKSANAAN PKP, PKPB & PKPP 2021

Manakala sesi pembelajaran mengikut kawasan pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPP 2021 adalah seperti berikut:

PKP

Pembelajaran secara bersemuka mulai 20 Januari 2021 melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan seperti:

  • SPM
  • SVM
  • SKM
  • STPM
  • STAM
  • DVM
  • Peperiksaan Antarabangsa

Manakala pelajar yang lain akan bersekolah secara dalam talian dari rumah (PdPR) bermula 20 Januari 2021. Pelajar yang terlibat adalah:

  • Murid sekolah rendah hingga Tingkatan 4
  • Murid Semester 2 SMV dan Semester 2 DVM tahun 2020 di Kolej Vokasional.

Selain itu,

  • Kehadiran pensyarah ke kolej Matrikulasi dan IPG di negeri PKP adalah tertakluk kepada arahan Ketua Jabatan.
  • PdP secara bersemuka di sekolah swasta dan sekolah antarabangsa hanya dibenarkan untuk kelas peperiksaan sahaja.
  • Pusat tuisyen di negeri terlibat dengan PKP tidak dibenarkan beroperasi.
  • Guru di negeri terlibat dengan PKP dibenar adakan kelas tambahan di sekolah untuk pelajar kelas peperiksaan.
  • Tadika swasta dibenar dibuka dalam konteks keperluan.

PKPB & PKPP

Bagi kawasan yang terlibat dengan arahan PKPB dan PKPP pula, operasi sekolah adalah secara bersemuka pada 20 Januari 2021 dan wajib patuhi SOP yang telah ditetapkan.

Rujuk: Infografik : Pengoperasian Sekolah Dan Tarikh Baharu Peperiksaan Awam

RUMUSAN PENGOPERASIAN INSTITUSI PENDIDIKAN DI KAWASAN PKP, PKPB & PKPP 2021

Untuk rumusan pengoperasian institusi pendidikan di kawasan PKP, PKPB dan PKPP 2021, sila rujuk gambar di bawah:

Update: Tarikh Baru Sekolah Dibuka Sepanjang PKP 2021

Update: Tarikh Baru Sekolah Dibuka Sepanjang PKP 2021

 

MAKLUMAT TAMBAHAN BERKAITAN PENGOPERASIAN INSTITUSI PENDIDIKAN

  • Sekolah akan keluarkan surat untuk pergerakan guru bertugas di kawasan PKP, PKPB dan PKPP.
  • Sekolah akan berhubung dengan ibu bapa mengenai penghantaran buku teks sekolah.
  • Jumlah pelajar dalam kelas berdasarkan penjarakan fizikal.
  • Tadika swasta beroperasi secara bersemuka.
  • Pelajar sekolah asrama penuh dan asrama sekolah harian yang akan menduduki peperiksaan dibenarkan pulang ke asrama mulai 16 Januari 2021 dan akan diberikan surat kebenaran khas yang dikeluarkan oleh pihak sekolah bagi membolehkan pelajar merentas negeri untuk pulang ke asrama.
  • Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) di kawasan PKP pula, katanya, tarikh terbabit bagi Tingkatan Satu ialah 20 hingga 29 Januari ini, manakala Tingkatan Empat pula 15 hingga 25 Februari depan.
  • Bagi pelajar Kolej Matrikulasi, pelajar yang telah berada di kolej perlu kekal di kolej masing-masing untuk mengikuti pembelajaran secara hibrid. Manakala pelajar Institusi Pendidikan Guru (IPG), semua program pengajian secara online mulai 17 Januari 2021.

KENYATAAN MEDIA

Update: Tarikh Baru Sekolah Dibuka Sepanjang PKP 2021

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...