Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tarikh Wang Bantuan Pelajar KADS1M Tahun 2018 Masuk

0 1,494

Berita gembira bagi pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang sudah mempunyai Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M). Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengumumkan secara rasmi tarikh pengkreditan wang dalam akaun Bank Rakyat KADS1M tersebut secara rasmi.

TARIKH PENGKREDITAN WANG KADS1M

Tarikh kemasukan wang KADS1M yang berjumlah RM250 bagi tahun 2018 adalah seperti berikut:

  • Tarikh Pengkreditan Wang KADS1M : 15 Mac 2018

Berikut merupakan pengumuman yang dibuat secara rasmi oleh Kementerian Pengajian Tinggi berkaitan pengkreditan wang ini:

kadsim 1

kadsim 2

TARIKH SEMAKAN AKAUN

Untuk menyemak sama ada wang bantuan kepada pelajar berjumlah RM 250 telah masuk ke dalam akaun Bank Rakyat anda, anda boleh membuat semakan di mana-mana cawangan ATM Bank Rakyat di seluruh Malaysia.

Semakan ini akan dibuka dalam masa terdekat. Berkemungkinan besar tarikh semakan ini dibuka pada tarikh 15 Mac 2018. Anda dinasihatkan untuk menyemak akaun anda untuk memastikan duit bantuan pelajar berjumlah RM 250 ini telah dikreditkan ke akaun anda.

FAEDAH YANG ANDA DAPAT DARIPADA KADS1M

Terdapat banyak faedah yang boleh anda peroleh melalui KADS1M ini. Antaranya:

  • Mendapat wang tunai sebanyak RM 250.
  • Mendapat diskaun sebanyak 10% di kedai-kedai terpilih untuk barangan terpilih.

SENARAI KEDAI YANG BOLEH ANDA GUNAKAN KADS1M UNTUK DAPATKAN DISKAUN

Anda boleh mendapat diskaun sehingga 10% jika anda mempamerkan KADS1M ketika membeli-belah di beberapa buah kedai terpilih. Berikut merupakan senarai kedai yang boleh anda gunakan KADS1M untuk mendapatkan diskaun.

  • Kedai alat tulis dan buku(First Touch, Popular, Gallery Bookstore dan lain-lain)
  • Kedai makanan segera (KFC, Pizza Hut dan lain-lain)
  • Kedai barangan IT (More IT Sdn. Bhd., Giga Element Enterprise, NCOM IT solution, PC Depot, Lee Hwa Computer Service)

KADS1M merupakan satu inisiatif daripada kerajaan dalam meringankan beban pelajar dalam menghadapi zaman ekonomi yang tidak menentu ini. Diharapkan pelajar dapat menggunakan wang bantuan ini untuk membeli benda-benda yang berfaedah dan bermanfaat.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...