Preview
Portal Kini.
Semakan & Permohonan

Tarikh Pembelian No Pin UPU BSN Kemasukan Universiti Awam 2020/2021

Berita baik buat pelajar lepasan SPM dan STPM atau setaraf yang ingin membuat permohonan melalui UPU Online ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA), dan Kolej Komuniti untuk sesi 2020/2021. Calon lepasan SPM, STPM & Diploma Setaraf boleh mula...

Berita baik buat pelajar lepasan SPM dan STPM atau setaraf yang ingin membuat permohonan melalui UPU Online ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA), dan Kolej Komuniti untuk sesi 2020/2021.

Calon lepasan SPM, STPM & Diploma Setaraf boleh mula mengemukakan permohonan kemasukan ke UPU sesi 2020/2021 bermula 24 Februari 2020 nanti.

Berdasarkan hebahan terkini Permohonan UPU online, telah ditetapkan bahawa calon boleh mula mengemukakan permohonan UPU Online 2020/2021 mulai 24 Februari 2020 sehingga 7 April 2020.

Namun, untuk mengemukakan permohonan, setiap pemohon perlu membeli nombor unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum boleh mengemukakan permohonan serta mengakses sistem borang permohonan UPU online. Nombor unik ID UPU ini wajib di beli.

UPU Online merupakan sistem atas talian yang dibuat khusus untuk tujuan memudahkan urusan pelajar membuat permohonan ke Universiti Awam, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti. Antara program yang dibuka untuk permohonan termasuk dalam peringkat sijil, asasi, diploma, dan ijazah sarjana. Para pelajar digalakkan agar meneliti bidang-bidang pengajian yang bakal dipilih mengikut potensi, kemahiran, dan minat serta kelulusan pengajian sebelum ini.

Harga bagi setiap pin Unik ID UPU pada tahun ini tidak berubah iaitu masih kekal dengan harga sebanyak RM15.60 (tiada caj/cukai dikenakan ke atas permohonan UPUOnline). Pelajar digalakkan agar peka dengan tarikh-tarikh penting melibatkan permohonan UPU Online yang bakal diumumkan melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP).

TARIKH BELI PIN UNIK ID UPU UNTUK PERMOHONAN KEMASUKAN KE UA POLITEKNIK ILKA KOLEJ KOMUNITI SESI 2020-2021

Berikut merupakan maklumat tarikh untuk pembelian nombor Pin Unik ID UPU di BSN buat rujukan dan panduan pemohon. Pembelian nombor Pin Unik ID boleh didapati di kaunter BSN di seluruh negara mulai tarikh berikut:

TARIKH PEMBELIAN NO PIN UPU DI BSN
Buka Tutup
👉24 Februari 2020
👉7 April 2020
Pemohon dikehendaki memastikan nombor Pin UPU berharga RM15.60 yang dibeli di BSN adalah mengikut kategori masing-masing seperti berikut:
Tarikh Permohonan UPU Online 2020 2021
KAEDAH PEMBELIAN NOMBOR PIN UNIK ID UPU SECARA INDIVIDU
Bagi pembelian secara individu, berikut adalah beberapa kaedah untuk membuat pembelian Pin Unik ID UPU:
  • Terus ke Kaunter BSN
  • Sekiranya pemohon ataupun ibu bapa memiliki Akaun Giro BSN, pembelian boleh dibuat melalui mesin ATM.
  • Melalui Perbankan Internet (Online Banking)
PERKARA PENTING PEMBELIAN NOMBOR PIN UNIK ID UPU
Sebagai makluman, pembelian Nombor Unik ID UPU mestilah berdasarkan kepada perkara berikut sebagai rujukan:
  • Nama
  • Nombor Kad Pengenalan (IC)
Setelah selesai pembayaran untuk nombor pin Unik ID, pihak BSN akan mengeluarkan resit pembayaran berserta dengan nombor Unik ID.
INFORMASI LANJUT
Buat mereka yang masih belum jelas tentang tarikh permohonan UPU bagi permohonan UPUOnline sesi akademik 2020/2021 untuk lepasan SPM/setaraf & STPM/setaraf, permohonan akan dibuka bermula:
TARIKH PERMOHONAN UPUONLINE SESI 2020/2021
Buka Tutup
👉24 Februari 2020
👉7 April 2020
👉 Permohonan UPU online 2020-2021 kemasukan UA Politeknik ILKA Kolej Komuniti
Sebarang maklumat lebih lanjut berkaitan permohonan UPU 2020 boleh didapati daripada maklumat berikut:
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Putrajaya
Phone : 03-8870 8200
Fax : 03-8870 6864
E-mail : [email protected]
👉Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
👉FB Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)
 INFO BERKAITAN PERMOHONAN UPU
👉Permohonan UPU Online
👉Tarikh Penting Permohonan UPU Online
👉Syarat Permohonan IPG
👉Syarat Mohon UiTM
— Akhir —
Topik Berkaitan #Semakan & Permohonan
BACAAN SETERUSNYA

Permohonan Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia (TM) Young Leaders Kini di Buka

Baca Artikel Seterusnya
Komunikasi Langsung

Terima
Bacaan
Pilihan.

> Masukkan alamat emel anda.

> Kami hantar bacaan pilihan secara berkala.

> Ringkas, terpilih dan mudah dibaca.

>
/// Mesej Pantas ///