Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tarikh PRU14: PM Pesan Jangan Ke Mana-Mana Januari Ini

851

Tarikh PRU14 masih belum diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Rakyat Malaysia diminta bersiap sedia berhubung kemungkinan berlakunya pembubaran Parlimen bulan depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Yang layak mengundi pastikan anda sudah mendaftar sebagai pemilih.

Tarikh PRU14 Januari 2018?

“Perdana Menteri pesan (kepada perwakilan) jangan ke mana-mana pada bulan satu (Januari) ini. Semua mesti berada di stesen masing-masing,” kata veteran UMNO, Tan Sri Mohd Ali Rustam.

“Presiden meminta semua pemimpin dan akar umbi UMNO bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya dalam masa yang amat dekat iaitu dalam (beberapa) minggu saja.

“Presiden mengingatkan kita supaya melupakan masalah pertandingan UMNO dan tumpu kepada pilihan raya. Beliau mahu kita terus balik bekerja, rapatkan barisan dan tingkatkan lagi perpaduan dalam parti dan dalam kalangan parti komponen,” katanya ditemui selepas Majlis Taklimat Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di sini, petang ini.

Ditanya pandangan peribadi beliau bila PRU14 akan diadakan, Mohd Ali berkata, ia kemungkinan akan berlaku pada Mac hingga April tahun depan.

“Pada Januari, Bajet 2018 baru saja dilaksanakan untuk rakyat mendapat manfaatnya dan pada Februari adalah sambutan Tahun Baharu Cina.

“Bagaimanapun, pilihan raya boleh juga berlaku sebelum Tahun Baharu Cina kerana Perdana Menteri menggunakan metodologi baharu iaitu melihat kepada ‘mood’ rakyat seperti mana yang berlaku di Sarawak (Pilihan Raya Negeri), Selangor (Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar) dan Perak (PRK Kuala Kangsar).

“Jika (Perdana Menteri berpendapat) sebelum Tahun Baharu Cina adalah waktu yang terbaik, maka ia akan diadakan sebelum Tahun Baharu Cina,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata Najib mahu semua masalah dalaman parti diselesaikan segera supaya jentera UMNO mempunyai persediaan kukuh untuk menang pilihan raya.

Ditanya sama ada Najib ada menyentuh mengenai soal calon, Ahmad Razif berkata, perkara itu tidak disebut oleh Najib dan yakin ahli parti akan menyerahkan sepenuhnya pemilihan calon kepada Presiden.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...