Tarikh Rasmi Keputusan UPSR 2018 & Cara Semakan

0

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan salah satu peperiksaan awam yang penting di negara ini. UPSR bertujuan menguji tahap pencapaian murid-murid bagi sekolah rendah. Murid-murid akan menduduki ujian ini ketika berumur 12 tahun ataupun semasa Darjah 6.

Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan sijil penilaian baharu iaitu Pentaksiran Penilaian Sekolah Rendah (PPSR). Apakah yang dimaksudkan dengan PPSR ini? PPSR sebenarnya mempunyai fungsi yang sama seperti UPSR iaitu untuk menguji tahap pencapaian murid tetapi PPSR menguji dengan lebih menyeluruh.

Jika sebelum ini, UPSR hanya mengambil kira pencapaian akademik bagi 6 subjek utama yang dinilai berdasarkan peperiksaan ini, sebaliknya PPSR pula mengambil kira semua aspek termasuklah subjek-subjek lain seperti Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT), Sejarah dan lain-lain. Selain itu, PPSR juga merangkumi pencapaian murid dalam kokurikulum.

Hal ini bermaksud markah UPSR murid-murid akan dicampurkan dengan markah subjek-subjek bukan teras serta markah kokurikulum. Dalam erti kata lain, peperiksaan UPSR masih berjalan tetapi markah UPSR tersebut bukanlah markah terakhir murid-murid kerana ianya akan ditambah dengan markah subjek lain serta kokurikulum.

Makluman buat ibu bapa kepada anak-anak yang mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini, tarikh keputusan peperiksaan ini sudah pun dikeluarkan secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Oleh yang demikian, para ibu bapa bolehlah membuat semakan keputusan peperiksaan UPSR anak-anak anda pada tarikh tersebut. Anda juga mempunyai beberapa cara untuk menyemak keputusan UPSR tersebut.

Dalam artikel ini akan dikongsikan Tarikh Rasmi Keputusan UPSR 2018 yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia serta kami juga akan kongsikan kepada anda beberapa cara untuk anda membuat semakan itu.

TARIKH RASMI KEPUTUSAN UPSR 2018

Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia, ibu bapa boleh mula menyemak markah anak-anak mereka pada tarikh berikut.

  • Tarikh Keputusan UPSR 2018: 22 NOVEMBER 2018

Jadi, pada tarikh ini, para ibu bapa bolehlah menyemak keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Keputusan ini akan mula diumumkan pada jam 10 pagi.

CARA MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR 2018

Terdapat dua cara untuk anda menyemak keputusan peperiksaan UPSR 2018. Anda bolehlah memilih cara mana yang sesuai untuk membuat semakan. Berikut merupakan cara-caranya.

1.) Anda Boleh Pergi Ke Sekolah

Cara pertama yang boleh anda lakukan untuk mengetahui keputusan peperiksaan UPSR anak-anak anda adalah pergi ke sekolah mereka pada tarikh 22 November 2018 dan pada jam 10 pagi keputusan peperiksaan UPSR akan diumumkan oleh Guru Besar sekolah masing-masing.

2.) Anda Boleh Menyemak Menggunakan SMS

Sekiranya terdapat sebarang kesulitan seperti kesibukan bekerja yang menghalang anda daripada pergi ke sekolah untuk mengetahui keputusan UPSR anak anda, anda bolehlah menggunakan cara alternatif ini.

Cara alternatif yang dimaksudkan tersebut adalah anda boleh menggunakan SMS untuk menyemak keputusan UPSR anak-anak anda. Ikuti langkah-langkah berikut:

  • Tapi UPSR ANGKA GILIRAN
  • Hantar ke 15888
  • Contoh: UPSR AC002A30 dan hantarkan ke 15888

Diharapkan semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat anda. Pihak kami mendoakan semoga anak anda mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR ini.

Comments
Loading...