Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Taska Berdaftar Di Bawah JKM Dibenarkan Beroperasi Sepanjang PKP, PKPB & PKPP

1,039

Anda perlu bekerja seperti biasa sepanjang tempoh pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPP? Tidak tahu mana hendak letakkan anak anda sepanjang tempoh anda bekerja?

Jangan risau kerana Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)  yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) akan beroperasi seperti biasa.

Baca juga: Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar RM100 Sebulan. Mohon Segera

TASKA PERLU IKUT SOP YANG DITETAPKAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KPWKM)

Kebenaran beroperasi taska tersebut adalah selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Kebenaran beroperasi ini adalah terbatal sekiranya terdapat arahan terkini daripada pihak berkuasa.

KPWKM memberitahu setiap taska diwajibkan mematuhi Garis Panduan Pencegahan Penularan COVID-19 yang diterbitkan KPWKM serta diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Jadi, semua pengusaha taska diminta memaklumkan kepada JKM mengenai rancangan beroperasi.

Taska Berdaftar Di Bawah JKM Dibenarkan Beroperasi Sepanjang PKP, PKPB & PKPP

PERMOHONAN OPERASI TASKA SEPANJANG PKP, PKPB & PKPP

KPWKM memaklumkan pengusaha taska di premis kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau negeri harus memohon kebenaran daripada kementerian atau agensi berkaitan terlebih dahulu.

KPWKM juga akan mempertingkatkan pemantauan terhadap semua taska berdaftar yang beroperasi semasa PKP bagi memastikan setiap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan MKN dan Kementerian Kesihatan (KKM) dipatuhi.

Taska Berdaftar Di Bawah JKM Dibenarkan Beroperasi Sepanjang PKP, PKPB & PKPP

Baca juga:  PKP 2.0: Kelonggaran Rentas Negeri Individu Terkandas Hingga Jumaat Ini

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...