Terima Bantuan RM600 Sebulan Dari PERKESO Jika Anda Hilang Pekerjaan

Bantuan Interim Melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)

1

Pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang kehilangan pekerjaan pada tahun 2018 layak mendapat bantuan kewangan sebanyak RM600 selama tiga bulan akibat pemberhentian pekerja, dan pengecilan syarikat.

Namun manfaat ini tidak akan di terima oleh pencarum PERKESO yang diberhentikan atas sebab yang berkaitan dengan masalah disiplin.

Melalui bantuan PERKESO ini, bebanan kewangan pencarum dapat diringankan sementara mendapatkan pekerjaan baharu. Ia dapat menampung keperluan dan kos pencarian pekerjaan yang pastinya membawa satu kebaikan yang besar maknanya buat mereka yang dilanda musibah.

Bantuan Interim Melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)

Mereka yang kehilangan pekerjaan tahun ini layak mendapat bantuan interim sebanyak RM600 sebulan selama tiga bulan di bawah Akta Sistem Insurans 2017.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot berkata langkah itu bertujuan memperkasa perlindungan keselamatan sosial melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

Melalui SIP, pekerja yang terjejas akan dibantu secara khusus bagi mendapatkan pekerjaan baharu melalui perkhidmatan pekerjaan yang diberikan oleh pegawai perkhidmatan pekerjaan.

Bagaimana Mohon Bantuan Interim Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)?

Mereka yang layak memohon bantuan interim itu pada masa yang sama perlu menyertai Program Penempatan Pekerjaan Semula yang akan dikawal selia oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk meningkatkan kebolehkerjaan mereka.

Permohonan bagi bayaran interim boleh dilaksanakan melalui portal dalam talian laman sesawang www.perkeso.gov.my/sip atau hadir sendiri di kaunter Perkeso di seluruh negara.

Selain itu, bermula Februari ini, majikan boleh mendaftar dan membuat bayaran caruman melalui portal “Assist Perkeso” manakala pembayaran faedah SIP akan bermula pada Januari 2019.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelaksanaan SIP boleh menghubungi Perkeso di talian 1300 22 8000 atau melayari laman sesawang rasmi Perkeso.

Tindakan PERKESO ini dilihat sebagai satu usaha murni menerusi nilai caruman yang sedikit tetapi besar manfaatnya.

Source Sumber
Comments
Loading...