Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tips Memilih Universiti “Last Minutes”

1,317

Banyak Pilihan

Pelajar zaman sekarang pasti mempunyai banyak pilihan universiti yang mereka minati untuk meneruskan pelajaran.

Ada yang telah mengisi UPU Online seawal mungkin untuk mengelakkan terlepas tarikh iaitu 17 April 2020, hari ini. Tetapi ada juga yang suka mengisi secara last minute dengan pelbagai alasan.

Pening pula untuk fikir universiti apa yang sesuai dengan bidang dan minat anda?

Jangan pening atau khuatir kerana disini ada 6 tips yang sesuai untuk anda pilih universiti last minute.

uawam

6 Tips Pilih Universiti Last Minute

Berikut dikongsikan 6 tips yang berguna buat anda di masa-masa genting ini.

1. Semak Keputusan Dengan Syarat Kemasukan.

Permohonan akan ditolak jika tidak lepas syarat kemasukan. Ambil sedikit masa untuk semak melalui laman web universiti. Namun terkini, sistem UPU secara automatik menyesuaikan senarai bidang pengajian yang layak dipohon mengikut keputusan peperiksaan anda.

2. Ketahui Kecenderungan Minat

Jangan memilih pengajian di universiti dengan cara “ikut-ikut kawan” atau “ikut-ikut mak ayah”. Ramai pelajar yang gagal di universiti dengan alasan tidak meminati pengajian yang telah dipilih. Jadi, ketahui dan fahami betul-betul minat anda dengan sebaiknya.

3. Nilai Kemampuan Diri

Ambil sedikit masa untuk semak subjek-subjek yang akan dipelajari dalam jurusan tersebut untuk ketahui kemampuan dan skop pembelajaran bidang itu nanti. Jangan memilih jurusan berdasarkan minat anda sedangkan anda tidak mahir atau lemah dalam sesuatu subjek yang ada dalam jurusan yang dipilih.

4. Dahulukan Pilih Jurusan Pengajian, Kemudian Pilih Universiti

Jangan memilih jurusan yang tidak berkaitan semata-mata untuk belajar di universiti pilihan anda. Pilih jurusan yang ditawarkan dimana-mana universiti yang manawarkan jurusan yang sesuai dengan anda. Ingat, pilih jurusan dahulu, baharulah pilih universiti.

depan laptop

5. Dahulukan universiti Yang Dapat Membangunkan Kemahiran “Soft-Skills”

Mendepani cabaran era IR 4.0, berkiblatkan sijil akademik tidak memberi jaminan untuk kelangsungan masa depan. Kemahiran diri, kebolehan diri akan memanjangkan hayat sijil akademik anda. Pilih universiti yang dapat membangunkan kemahiran insaniah anda. Masuk ke universiti yang kecil saiz bilangan pelajarnya memberi ruang besar untuk mendapat peluang mengembangkan bakat dalam aktiviti kokurikulum.

6. Doa, Tawakal dan Redha

Berdoa dan bertawakal kepada Allah selepas anda berusaha. Jika anda tidak mendapat pilihan yang diinginkan atau belum rezeki untuk masuk universiti, redha dan bersangka baik dengan Allah. Ada seribu satu hikmah yang tersembunyi buat anda.

redha

Diharap adik-adik berpuas hati dengan tips yang dikongsikan ini.

Buatlah pilihan yang terbaik kerana masa depan anda terletak di tangan anda sendiri.

Semoga berjaya.

Sumber :
Mohd Hariri Haji Mohamad Daud
Ahli Lembaga Pengarah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Alumni USIM, Alumni UNISZA, Alumni UPM

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...