Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

TM Tawarkan Unifi Air Percuma Sementara Anda Nantikan Fibre Broadband Di Pasang Di Rumah Anda

1,289

Bekerja dari rumah agak menyukarkan kerana anda hanya menggunakan hotspot daripada telefon sahaja dan internet agak perlahan.

Ingin memasang wifi seperti Unifi pulak menjadi masalah kerana pemasangan dan penyelenggaraan wifi tetap di rumah agak sukar kerana penguatkuasaan PKP.

Tawaran Unifi Air Dari TM

Untuk menyelesaikan masalah ini, TM akan menawarkan Unifi Air kepada mana-mana permohonan jalur lebar tetap Unifi Home Broadband sewaktu PKP. Modem Unifi Air ini akan dihantar terus ke rumah pemohon dan ia boleh terus digunakan.

Modem Unifi Air ini akan diambil semula oleh TM selepas tamatnya PKP selepas kabel fiber dipasang.

get connected

Kadar Pelan Unifi Air

Kadar pelan yang ditawarkan adalah :

  • RM79 / bulan.
  • Internet mudah alih tanpa had.
  • Kontrak 24 bulan
  • Modem percuma

TM juga memberikan router wayarles Huawei B618 4G LTE yang boleh menghubungkan sehingga 64 peranti menerusi WiFi.

unifi air 1

price n plan

Semak Liputan 4G TM

Sebelum anda mendaftar untuk permohonan Unifi Air ini, anda perlu menyemak liputan 4G TM dahulu kerana Unifi Air beroperasi menggunakan liputan 4G TM TDD-LTE sahaja, dengan kelajuan purata sekitar 20Mbps.

Sila semak  di sini.

Unifi Air

check cover area

Walaupun belum lagi kedengaran mengenai tawaran Unifi Air ini dibuka oleh TM, namun dalam masa terdekat pastinya TM akan akan membuat pengumuman mengenai tawaran ini kerana ia adalah untuk pengguna semasa PKP dikuatkuasakan.

Sumber: Unifi

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...