Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

KWSP: Cara Nak Tukar Akaun Konvensional ke Akaun Shariah Dengan iAkaun. Mudah!

1,224

Kebanyakan pekerja terutamanya dalam sektor swasta semestinya mempunyai caruman dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Permulaan caruman atau pembukaan akaun pastinya akaun anda adalah secara konvensional.

Bagi anda yang beragama Islam, digalakkan untuk menukar akaun anda kepada akaun shariah berbanding akaun konvensional kerana diyakini sumber kewangannya adalah lebih halal dan sesuai untuk pencarum yang bergama Islam.

Baca juga: Tarikh Pengumuman & Jumlah Dividen KWSP Tahun 2020

Jika belum membuat pertukaran, anda boleh menukar akaun KWSP konvensional anda kepada akaun shariah secara online sahaja melalui iAkaun.

INFO RINGKAS SIMPANAN SHARIAH KWSP

Simpanan Shariah merupakan suatu pilihan simpanan bagi ahli yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP mengikut prinsip syariah.

Bagi memastikan Simpanan Shariah diuruskan mengikut syariah sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 43A Akta, suatu rangka kerja tadbir urus syariah diwujudkan untuk mentadbir urus aspek pematuhan syariah bagi Simpanan Shariah.

TUJUAN SIMPANAN SHARIAH

Tujuan simpanan shariah diwujudkan terdapat 2 bahagian iaitu kepada:

Ahli Beragama Islam

  • Membantu ahli menyediakan simpanan persaraan yang diuruskan secara patuh syariah untuk kegunaan ahli dan keluarga terutamanya untuk menunaikan ibadah haji dan umrah tanpa sebarang keraguan dan was-was ke atas sumber dana.
  • Memastikan simpanan ahli tidak digunakan bagi tujuan yang bercanggah dengan syarak terutamanya riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidak pastian di dalam kontrak) yang sering terdapat di dalam pelaburan di dalam perbankan konvensional dan insuran.
  • Membantu ahli (sekiranya meninggal dunia) menyediakan dana yang halal (simpanan ahli) untuk diagihkan kepada waris sebagai pusaka.

Ahli Bukan Beragama Islam

Ahli bukan beragama Islam juga boleh memilih Simpanan Shariah sebagai alternatif kepada Simpanan Konvensional:

  • Objektif pelaburan dan profil risiko yang sama.
  • Alokasi aset strategik yang sama.
  • Hanya melabur di dalam pelaburan beretika yang mematuhi prinsip syariah.
  • Pendedahan pelaburan yang minima di dalam sektor kewangan berbanding Simpanan Konvensional.

SYARAT TUKAR AKAUN KONVENSIONAL KE AKAUN SHARIAH

Syarat untuk tukar akaun konvensional ke akaun shariah ialah:

  • Warganegara dan Bukan Warganegara
  • Semua agama
  • Semua bangsa

CARA TUKAR AKAUN KONVENSIONAL KE AKAUN SHARIAH MELALUI iAKAUN KWSP

Untuk tukar akaun konvensional ke akaun shariah KWSP sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini:

  • Log in masuk ke laman rasmi i-Akaun anda atau aplikasi iAkaun yang ada pada telefon bimbit anda.
  • Klik SIMPANAN SHARIAH.

KWSP: Cara Nak Tukar Akaun Konvensional ke Akaun Shariah Dengan iAkaun. Mudah!

  • Klik REGISTER NOW seterusnya VERIFY INFORMATION dan update.
  • Kemudian klik ACCEPT E AKAD dan tandakan √ pada kotak dan klik CONFIRMATION.

KWSP: Cara Nak Tukar Akaun Konvensional ke Akaun Shariah Dengan iAkaun. Mudah!

  • Semak permohonan anda dan klik REQUEST TAC. Masukkan TAC.
  • Akhir sekali pada ACKNOWLEDGEMENT anda boleh print permohonan untuk simpanan anda.
  • Permohonan anda selesai.

CONTOH PERMOHONAN PERTUKARAN BERJAYA

KWSP: Cara Nak Tukar Akaun Konvensional ke Akaun Shariah Dengan iAkaun. Mudah!

Ahli tidak boleh kembali ke Simpanan Konvensional, selepas tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah.
Dividen Simpanan Shariah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh syariah dan tiada jaminan dividen minima 2.5%.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pertukaran simpanan konvensional kepada simpanan shariah KWSP, sila hubungi KWSP di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...