Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

UPUOnline Free, KPT Tanggung Bayaran Proses & Ini Cara Mohon UPUOnline Tanpa UNIK ID.

2,190

Pelajar yang ingin membuat permohonan ke IPT bagi sesi akademik 2021/2022, tidak perlu lagi membuat bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kerana bayarannya ditanggung oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Anda tidak perlu membuat permohonan UPUOnline yang perlu dibeli di Bank Simpanan Nasional seperti sebelum ini untuk masuk menyambung pengajian di IPTA dan ILKA.

Rujuk: Cara Permohonan UPUOnline Sesi 2021 / 2022 Langkah Demi Langkah

Jadi, permohonan bagi kemasukan ke  Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) untuk Sesi Akademik 2021/2022 boleh dibuat terus secara online.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA & ILKA

Pelajar yang ingin membuat permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA hanya perlu membuat permohonan di:

UPUOnline Free. KPT Tanggung Bayaran Proses

  • Klik DAFTAR BARU

UPUOnline Free. KPT Tanggung Bayaran Proses

  • Isikan maklumat dan klik DAFTAR.
  • Seterusnya LOG MASUK semula.
  • Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN dan LOG MASUK.

UPUOnline Free. KPT Tanggung Bayaran Proses

  • Pilih kategori pemohon sama ada SPM atau STPM.
  • Buat semakan permohonan dan semakan kelayakan.
  • Isikan maklumat yang diperlukan.
  • Klik SAYA SETUJU untuk menghantar permohonan anda.
  • Klik butang CETAK SLIP PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR untuk mencetak slip.
  • Pemohon juga boleh muat turun slip dan menyipan di dalam disk dengan menekan butang MUAT TURUN SLIP PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR.

TEMPOH PERMOHONAN MENGIKUT KATEGORI PEMOHON & PROGRAM PENGAJIAN

Berikut adalah tempoh permohonan mengikut kategori pemohonan dan program pengajian:

UPUOnline Free, KPT Tanggung Bayaran Proses & Ini Cara Mohon UPUOnline Tanpa UNIKID.

KENYATAAN MEDIA

UPUOnline Free, KPT Tanggung Bayaran Proses & Ini Cara Mohon UPUOnline Tanpa UNIKID.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi Kementerian Pengajian Tinggi di:

  • Kementerian Pengajian Tinggi
    No. 2, Menara 2,
    Jalan P5/6, Presint 5,
    62200 Putrajaya, Malaysia.
  • Nombor Telefon: 03-8000 8000
  • http://www.mohe.gov.my/
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...