Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

5 Tips Jaga Kereta Yang Lama Terperap Di Rumah. Ini Teknik Yang Anda Perlu Tahu.

2,077

Kereta Terperap Di Rumah

Akibat PKP dan tidak boleh ke mana-mana dan anda mempunyai lebih daripada sebiji kereta, maka kereta yang tidak digunakan akan terperap lama di rumah.

Hal ini boleh menimbulkan masalah kepada anda walaupun ianya tidak bergerak. Ia juga boleh rosak walaupun tidak bergerak atau tidak dihidupkan dalam tempoh masa yang agak lama.

Mari kita cuba selesaikan masalah ini dengan 5 tip penjagaan kereta yang lama tidak bergerak.

mustang

5 Tips Penjagaan Kereta

1. Hidupkan Enjin Kereta

Hidupkan enjin kereta anda selama 30 minit dan berselang 3,4 hari. Anda tidak perlu melakukannya setiap hari. Ini adalah untuk memastikan minyak enjin kereta tidak mendap terlalu lama. Ia juga bertujuan untuk alternator menjalankan tugasnya mengecas semula bateri kereta anda.

enjin kereta

2. Bersihkan Terminal Bateri

Anda boleh mencuci sisa karat yang ada di terminal bateri. Sisa karat ini boleh mengoptimumkan fungsi bateri dan memendekkan jangka hayat bateri kereta anda. Gunakan air panas dan berus kecil untuk mencuci. Bilas dengan semburan air dan lap sehingga kering.

cuci terminal

3. Buka Terminal Bateri

Semak buku panduan yang ada pada anda terlebih dahulu sebelum membuka terminal bateri. Tips ini tidak sesuai untuk kereta jenis hybrid. Bagi anda yang kurang mahir, anda tidak digalakkan untuk menggunakan tips ini dikhuatiri perkara yang tidak diingini berlaku pada kereta anda.

bateri kereta

4. Elakkan Parking Pada Satu Spot

Tayar kereta anda menampung bebanan dan memberikan tekanan yang tinggi pada tayar kereta. Jadi, anda perlu gerakkan kenderaan anda atau parking di tempat yang lain, asalkan ada pergerakan dan tidak statik. Jangan lupa untuk periksa angin tayar kereta anda.

tayar kereta

5. Turunkan Brek Tangan

Lepaskan brek tangan selepas parking. Ini kerana dalam tempoh yang lama, brek tangan akan melekat pada tayar kereta anda. Bagi kereta auto, letakkan pada gear P dan lepaskan brek tangan. Bagi kereta manual pula, masukkan pada gear 3 dan letakkan bongkah kayu pada tayar kereta. Ini adalah untuk memastikan kereta anda tidak bergerak ke depan atau belakang. Pastikan anda tidak lupa untuk bebaskan gear sebelum menghidupkan enjin kereta.

brektgn

Jadi, kereta anda terjaga enjinnya walaupun tidak bergerak ke mana-mana.

Semoga dengan tips dan panduan ini dapat membantu anda dalam penjagaan kereta.

Sumber :

  • Romi Halid Luxury Japanese Auto Specialist Kuala Lumpur
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...