Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

8 Jenis Darurat Pernah Diisytihar Di Malaysia Yang Anda Perlu Tahu

2,742

Sebelum ini kebanyakan dari kita hanya mendengar sahaja apa itu darurat dan mungkin hanya tahu daripada buku Sejarah. Tetapi pada 18 November 2020, Yang Di Pertuan Agong telah mengisytiharkan darurat di Parlimen Batu Sapi.

Ia adalah bertujuan agar Pilihanraya Kecil di parlimen tersebut tidak diadakan agar penularan wabak Covid-19 dapat dibendung.

Apakah 8 jenis darurat yang pernah diisytiharkan di Malaysia? Mari kita lihat 6 jenis darurat tersebut.

8 DARURAT YANG PERNAH DIISYTIHAR DI MALAYSIA YANG ANDA PERLU TAHU

1 Darurat Tanah Melayu (1948-1960)

  • Darurat Tanah Melayu telah diisytiharkan British di Malaya (Semenanjung Malaysia) dari tahun 1948 hingga 1960 bagi menangani pemberontakan oleh Parti Komunis Malaya (PKM).

6 Jenis Darurat Pernah Diisytihar Di Malaysia Yang Anda Perlu Tahu

2 Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1964)

  • Konfrontasi Indonesia-Malaysia merupakan konflik yang berlaku akibat penentangan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia.
  • Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan darurat apabila tentera Indonesia menceroboh masuk ke sempadan Malaysia.

Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1964)

3 Sarawak (1966)

  • Kerajaan mengisytiharkan proklamasi Darurat di Sarawak pada 14 Sept 1966 susulan krisis politik melibatkan Kerajaan Persekutuan dan Ketua Menteri Sarawak pertama Tan Sri Stephen Kalong Ningkan.

6 Jenis Darurat Pernah Diisytihar Di Malaysia Yang Anda Perlu Tahu

4 Rusuhan kaum 13 Mei (1969)

  • Peristiwa 13 Mei merupakan insiden rusuhan kaum pada tahun 1969 susulan pilihan raya umum Malaysia pada tahun itu.
  • Parlimen telah digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan untuk mengembalikan keamanan dan kestabilan di dalam negara.

Rusuhan kaum 13 Mei (1969)

5 Kelantan (1977)

  • Darurat telah diisytihar oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Yahya Petra yang juga Sultan Kelantan ketika itu pada 8 Nov 1977.
  • Pengisytiharan itu dibuat susulan krisis politik melibatkan Menteri Besar Kelantan Datuk Muhammad Nasir.

6 Jenis Darurat Pernah Diisytihar Di Malaysia Yang Anda Perlu Tahu

6 Jerebu (1997, 2005, 2013)

  • Selain darurat yang berpunca daripada isu politik dan konflik antara kaum, darurat jerebu juga pernah diisytihar pada 1997 (Sarawak), 2005 (Klang) dan 2013 (Muar dan Ledang).
  • Darurat itu dilaksanakan susulan pencemaran udara yang berbahaya dan tidak sihat.

6 Jenis Darurat Pernah Diisytihar Di Malaysia Yang Anda Perlu Tahu

7 Darurat Parlimen Batu Sapi (2020)

  • Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat di Parlimen Batu Sapi hari ini.
  • Pengisytiharan itu sekali gus membatalkan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi bagi mengekang dan menghalang berlakunya gelombang keempat penularan pandemik COVID-19.

6 Jenis Darurat Pernah Diisytihar Di Malaysia Yang Anda Perlu Tahu

Sebelum itu juga, pada Oktober 2020, berikutan kemelut politik Malaysia yang semakin meruncing, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mencadang perisytiharan darurat bagi menangani COVID-19 serta untuk mempercepatkan proses pelepasan Belanjawan 2021.

8 Darurat Parlimen Gerik dan DUN Bugaya (2020)

  • Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah pada 16 Disember 2020.
  • Ia sekali gus membatalkan dan menangguhkan pilihan raya kecil (PRK) dua kerusi berkenaan yang dijadualkan serentak pada 16 Jan 2021.

8 Jenis Darurat Pernah Diisytihar Di Malaysia Yang Anda Perlu Tahu

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...