Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

14 Info Penting PKP, PKPB & PKP 2021 Yang Anda Perlu Alert

3,666

Semua rakyat Malaysia sedia maklum bahawa hari ini adalah hari permulaan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bertujuan untuk mengekang penularan Covid-19 yang semakin hari semakin bertambah jumlah pesakitnya.

PKP, PKPB dan PKPP kali ini akan berkuatkuasa pelaksanaannya selama 14 hari bermula 13 Januari sehingga 26 Januari 2021.

Baca juga: Download Borang Kebenaran Rentas Negeri & Cara Membuat Permohonan

KKM akan membuat penilaian risiko secara berterusan bagi memutuskan sama ada pelaksanaan PKP ini akan ditamatkan atau diteruskan sebelum tempoh dua minggu berkenaan tamat

14 Info Penting PKP, PKPB & PKP 2021 Yang Anda Perlu Alert

NEGERI TERLIBAT PKP, PKPB, PKPP 2021

Pada perutusan khas Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan semula PKP dan negeri yang terlibat dalam palaksanaan ini ialah:

PKP

  1. Pulau Pinang
  2. Selangor
  3. Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan)
  4. Melaka
  5. Johor
  6. Sabah

PKPB

  1. Pahang
  2. Perak
  3. Negeri Sembilan
  4. Kedah
  5. Terengganu
  6. Kelantan

PKPP

  1. Perlis
  2. Sarawak

TEMPOH PELAKSANAAN PKP, PKPB & PKPP 2021

Tempoh pelaksaan bagi PKP, PKPB & PKPP 2021 ialah:

  • 14 hari
  • Bermula 13 Januari hingga 26 Januari 2021

14 Info Penting PKP, PKPB & PKP 2021 Yang Anda Perlu Alert

 

14 INFO PENTING PKP, PKPB & PKPP 2021

Antara info penting pelaksanaan PKP, PKPB & PKPP 2021 ialah:

  1. PKP berkuat kuasa untuk tempoh 14 hari bemula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021 melibatkan tiga peringkat iaitu PKP, PKPB dan PKPP.
  2. Operasi sekatan jalan raya (SJR) akan mula berkuatkuasa pada jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021.
  3. Aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan adalah tidak dibenarkan.
  4. Pergerakan rentas negeri adalah tidak dibenarkan di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan.
  5. Hanya dua anggota isi rumah dibenarkan untuk keluar dan berada di dalam kenderaan yang sama. Mana-mana individu yang melanggar larangan ini boleh dikenakan kompaun maksimum RM1,000.
  6. Bagi negeri yang dilaksanakan PKP, pergerakan anda adalah terhad di dalam 10 kilometer radius sahaja.
  7. Hanya lima sektor ekonomi dibenarkan beroperasi iaitu pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi.
  8. Bagi sektor atau perkhidmatan yang tidak disenaraikan sebagai essential services, arahan bekerja dari rumah atau work from home akan berkuatkuasa.
  9. Kedai makan dan gerai penjaja dibenarkan beroperasi hanya untuk perkhidmatan take away manakala bagi kawasan PKPB dan PKPP, kedua-duanya dibenarkan beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan.
  10. Pasar raya, perkhidmatan kesihatan termasuk klinik, hospital dan farmasi; serta bank dibenarkan beroperasi di kawasan PKP pada tahap berjaga-jaga.
  11. Pengecualian diberikan kepada pelajar dan calon peperiksaan utama termasuk peperiksaan, mereka dibenarkan hadir ke sekolah dengan SOP yang ketat.
  12. Hanya ahli jawatankuasa masjid atau rumah ibadat dibenarkan hadir di negeri yang dilaksanakan PKP dengan jumlah maksimum 5 orang. Bagi negeri PKPP dan PKPB, aktiviti keagamaan masih dibenarkan dengan bilangan kehadiran minimum yang ditetapkan di dalam SOP.
  13. 30 peratus pekerja dalam kumpulan pengurusan yang dibenarkan berada di pejabat, bagi pekerja di dalam kumpulan sokongan, jumlah pekerja yang diperlukan pada satu-satu masa akan ditentukan oleh majikan masing-masing
  14. Untuk aktiviti jogging tidak boleh lebih daripada dua orang, berbasikal dilarang secara berkumpulan

14 Info Penting PKP, PKPB & PKP 2021 Yang Anda Perlu Alert

 

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...