Download Borang Kebenaran Rentas Negeri & Cara Membuat Permohonan

5,278

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada beberapa hari lepas telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan  Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri di semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan.

Pelaksanaan PKPB selama 4 minggu bermula 9 November hingga 6 Disember tersebut pasti menggemparkan ramai orang bukan? Anda kena tahu, tindakan tersebut adalah bagi mencegah penularan wabak lebih meluas memandangkan bilangan kes di negara kita semakin meningkat.

Bagi beberapa kategori individu yang perlu membuat perjalanan rentas negeri, sempadan atau daerah, anda perlu mendapatkan borang kebenaran rentas negeri.

SYARAT KEBENARAN RENTAS NEGERI/DAERAH

Berikut adalah syarat-syarat mendapat kebenaran merentasi negeri atau daerah sepanjang PKPB:

  • Hanya 2 orang sahaja dibenarkan dalam setiap pergerakan
  • Pekerja yang perlu bekerja perlu mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan
  • Pergerakan dalam daerah yang sama tidak perlu kemukakan surat majikan atau pas pekerja
  • Hendak merentasi kawasan PKPB atas sebab kecemasan yang boleh diterima
  • Individu dari luar yang ingin memasuki kawasan yang sedang melaksanakan PKPB atas urusan tertentu

Baca juga: Permohonan Keluar & Masuk Negara Boleh Dibuat Melalui MyTravelPass

PROSEDUR MENDAPATKAN KEBENARAN RENTAS NEGERI

Sekiranya anda ingin merentas negeri atau daerah yang terlibat dengan PKPB, anda perlu dapatkan borang kebenaran dan ikut prosedur berikut untuk membuat permohonan merentasi negeri:

  1. Muat turun borang kebenaran rentas negeri di bawah
  2. Lengkapkan borang tersebut
  3. Berikan alasan yang jelas sebab permohonan pergerakan
  4. Turunkan tandatangan pemohon beserta tarikh permohonan
  5. Bawa borang kebenaran yang telah lengkap diisi ke balai polis berhampiran untuk mendapatkan kelulusan
  6. Sekiranya mendapat kelulusan borang tersebut perlu ditunjukkan kepada pihak berkuasa yang melakukan sekatan jalan raya ketika ingin merentasi negeri atau sempadan.

Klik butang di bawah untuk muat turun Borang Kebenaran Rentas Negeri:

BORANG KEBENARAN PERGERAKAN PKPB 

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...