750 Tawaran Jawatan PTD Dibuka, 200 Tawaran Khas Untuk Pelajar Cemerlang JPA

0

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pembukaan tawaran sebanyak 750 kekosongan bagi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) bagi tahun 2018. Daripada jumlah 750 itu, 200 kekosongan ditawarkan khas kepada pelajar cemerlang tajaan JPA 2018.

Hal ini bermakna baki jumlah tersebut iaitu sebanyak 550 jawatan PTD dibuka kepada pemegang ijazah lain. Perkara ini telah diumumkan secara rasmi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh JPA.

ptd menteri

Kenyataan ini juga dibuat untuk memperjelaskan kekeliruan masyarakat berkaitan dengan satu berita yang tular sebelum ini yang mengatakan bahawa jawatan PTD hanya akan dibuka untuk pelajar cemerlang tajaan JPA sahaja.

Melalui kenyataan ini, jelaslah bahawa bukan sahaja pelajar cemerlang tajaan JPA yang layak memohon jawatan PTD, pemegang ijazah lain juga turut layak memohon untuk menjadi PTD.

Jika anda berhasrat untuk memegang jawatan PTD, anda bolehlah membuat permohonan sekarang. Anda boleh membuat permohonan menerusi laman web rasmi SPA.

ptd 1

Bagi anda yang sudah membuat permohonan pula, pastikan permohonan anda itu laku dan tidak tamat tempoh. Untuk pengetahuan anda, tempoh sah permohonan anda hanyalah setahun. Apabila melepasi setahun, anda perlu mengemaskini semula permohonan tersebut.

Kepada anda yang belum memohon dan ingin membuat permohonan untuk menjawat jawatan PTD, anda akan melalui beberapa proses pemilihan.

PROSES-PROSES PERLANTIKAN KE JAWATAN PTD

Antara proses-proses yang perlu anda lalui adalah seperti berikut.

  • Peperiksaan Online PTD
  • Temuduga
  • Lantikan ke Jawatan PTD
  • Kursus Latihan PTD

PEPERIKSAAN ONLINE PTD

Proses pertama yang perlu anda hadapi dalam memohon jawatan PTD adalah menduduki peperiksaan online. Peperiksaan ini mengandungi tiga seksyen iaitu Seksyen A, Seksyen B dan Seksyen C. Anda perlu lulus dalam semua seksyen ini untuk menjawat jawatan PTD. Struktur bagi setiap seksyen adalah seperti berikut.

  • Seksyen A: Pengetahuan Am
  • Seksyen B: Daya Penyelesaian Masalah
  • Seksyen C: Ujian Psikometrik

Seksyen Pengetahuan Am

Seksyen ini bertujuan untuk menguji pengetahuan am calon terhadap isu-isu semasa yang berlaku di dalam mahupun di luar negara. Calon perlu mempunyai pngetahuan yang tinggi tentang isu semasa yang berlaku untuk menjadi seorang PTD yang baik.

Pengetahuan tentang isu semasa ini sangatlah penting kerana tugas sebagai PTD amat berkait rapat dengan isu semasa. Masa yang diperuntukkan untuk anda menjawab Seksyen A ini adalah 40 minit. Anda perlu menjawab 50 soalan.

ptd ge

Seksyen Penyelesaian Masalah

Dalam soalan di seksyen ini, calon akan diuji sejauh mana daya menyelesaikan masalah. Calon akan diuji berdasarkan skop kemahiran logik dan kemahiran matematik. Masa yang diperuntukkan untuk seksyen ini adalah 45 minit dan jumlah soalan pula adalah 40 soalan.

ptd daya penyelesaian masalah

Ujian Psikometrik

Seksyen C ini menguji daya psikometrik calon iaitu kualiti personal seperti tingkah laku, penampilan diri, keyakinan diri dan juga potensi diri. Selain itu, seksyen ini turut menguji kemahiran dan kematangan idea.

Anda dinasihatkan supaya berhati-hati ketika menjawab soalan di seksyen ini kerana ramai yang gagal seksyen ini.

ptd psikometrik

TEMUDUGA

Sekiranya anda lulus dalam Peperiksaan Online PTD, anda akan dipanggil untuk sesi temuduga. Soalan yang bakal disoal dalam sesi temuduga ini bergantung kepada panel penemuduga tersebut.

Kebiasaannya, soalan yang bakal ditanya adalah melipuiti pengetahuan am tentang dasar-dasar negara dan juga isu-isu semasa.

LANTIKAN KE JAWATAN PTD

Apabila anda lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan online dan juga temuduga, anda akan layak menjawat jawatan PTD. Anda akan menerima surat lantikan dan anda perlu melapor diri untuk pengesahan jawatan seterusnya anda akan mula berkhidmat sebagai PTD.

KURSUS LATIHAN PTD

Anda seterusnya akan melalui satu kursus latihan khas untuk ahli PTD yang baru. Dalam kursus ini, anda akan diberi latihan berkaitan dengan jawatan anda sebagai PTD.

Jadi, dapatlah disimpulkan bahawa berita yang tular tentang calon cemerlang tajaan JPA sahaja yang layak memohon jawatan PTD sememangnya tidak benar dan merupakan salah faham sahaja. Jika anda berhasrat untuk memohon jawatan PTD, mohonlah segera. Kami mendoakan kejayaan anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai Peperiksaan PTD pastikan anda lawat Portal Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik.

Comments
Loading...