Preview
Portal Kini.
Bantuan Kerajaan

Bantuan RM180 Pembelian Telefon Baru & Langgan Internet Bagi B40

Kerajaan telah mengumumkan bantuan RM180 kepada lapan juta individu dalam bentuk kredit telekomunikasi buat golongan B40. Bantuan ini diberikan bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan B40 mendapatkan kemudahan internet. Sebanyak RM1.5 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan Program Jaringan Prihatin yang bertujuan mengurangkan beban kewangan...

Kerajaan telah mengumumkan bantuan RM180 kepada lapan juta individu dalam bentuk kredit telekomunikasi buat golongan B40. Bantuan ini diberikan bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan B40 mendapatkan kemudahan internet.

Sebanyak RM1.5 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan Program Jaringan Prihatin yang bertujuan mengurangkan beban kewangan golongan B40 bagi mendapatkan kemudahan internet.

Ikuti perkongsian di bawah untuk info lanjut pemberian RM180 kepada golongan B40 yang layak.

PEMBERIAN BANTUAN RM180 KEPADA B40

Bermula suku pertama tahun 2021, lebih kurang lapan juta penerima dari golongan B40 akan menerima bantuan RM180 seorang dalam bentuk kredit telekomunikasi. Bantuan ini boleh digunakan sebagai perbelanjaan bagi:

  • Perbelanjaan langganan internet
  • Menampung sebahagian kos pembelian telefon bimbit baharu

Pada masa yang sama, syarikat-syarikat telekomunikasi akan menyediakan manfaat bernilai RM1.5 bilion seperti dalam bentuk data percuma.

Isi rumah dan bujang juga bakal menerima bantuan sehingga RM1800 bagi isi rumah manakala RM350 bagi golongan bujang di bawah Bantuan Prihatin Rakyat susulan belanjawan 2021 yang diumumkan beberapa hari lepas.

— Akhir —
Topik Berkaitan #Bantuan Kerajaan
BACAAN SETERUSNYA

Ganti Semula Pendahuluan i-Sinar Melalui Caruman Baharu, Bukan Secara Tunai

Baca Artikel Seterusnya
Komunikasi Langsung

Terima
Bacaan
Pilihan.

> Masukkan alamat emel anda.

> Kami hantar bacaan pilihan secara berkala.

> Ringkas, terpilih dan mudah dibaca.

>
/// Mesej Pantas ///