Ganti Semula Pendahuluan i-Sinar Melalui Caruman Baharu, Bukan Secara Tunai

696

Hari ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menafikan maklumat yang telah viral menerusi media sosial yang menyatakan bahawa ahli yang mengeluarkan wang dari Akaun 1 i-Sinar perlu membayar atau ganti semula wang pendahuluan tersebut.

Ramai yang telah tersalah anggap dengan pernyataan tersebut dimana ahli yang ingin mengeluarkan duit dari Akaun 1 KWSP perlu menggantikan semula duit pendahuluan yang akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing secara tunai.

Oleh hal demikian, KWSP terus mengeluarkan pernyataan bahawa ahli tidak perlu menggantikan wang tersebut secara tunai sebaliknya dengan cara yang lebih mudah dan tidak membebankan ahli.

CARUMAN BAHARU GANTI SEMULA PENDAHULUAN i-SINAR

Bagi menggantikan semula amaun yang didahulukan daripada Akaun 1 adalah melalui caruman ahli pada masa hadapan sekiranya ahli sudah mula bekerja semula.

Penggantian semula akan dilakukan sebanyak 100% caruman baharu yang akan dimasukkan terlebih dahulu ke Akaun1.

Setelah jumlah amaun yang dikeluarkan daripada i-Sinar diganti semula sepenuhmya, kadar pembahagian caruman akan kembali seperti biasa iaitu:

  • 70% caruman ke Akaun 1 & 30% ke Akaun 2

Jadi, amaun penggantian semula ini akan hanya diterima daripada caruman ahli pada masa depan dan tidak perlu menggantikannya secara tunai.

GUNAKAN ISTILAH YANG TEPAT

Oleh yang demikian, KWSP mengingatkan kepada semua agar menggunakan istilah yang tepat dalam konteks ini iaitu penggantian semula dan bukannya pembayaran balik agar mengelakkan orang ramai keliru dengan konsep i-Sinar KWSP ini.

JUMLAH PENGELUARAN i-SINAR

Terkini, KWSP mengumumkan bahawa pengeluaran i-Sinar adalah dibenarkan sehingga RM60,000 berdasarkan kriteria yang telah diperlukan.

Pengeluaran ini adalah tertakluk kepada 3 golongan ini sahaja iaitu:

  • Mereka yang hilang pekerjaan
  • Bercuti tanpa gaji
  • Terjejas pendapatan

Ganti Semula Pendahulan i-Sinar Melalui Caruman Baharu, Bukan Secara Tunai

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pengeluaran dan permohonan i-Sinar, sila layari portal rasmi KWSP seperti berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...