Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Urusan KWSP Melalui Kaunter Dah Tak Perlu Buat Janji Temu Online Lagi! Bila Tu?

1,365

Sebelum ini orang ramai yang ingin berurusan di kaunter KWSP dah tak perlu lagi membuat Janji Temu Online (JTO) untuk semua jenis transaksi ya!

Jadi, orang ramai selepas ini sudah boleh terus ke kaunter KWSP untuk melakukan segala urusan secara bersemuka.

Tetapi anda semua harus ingat! Ikuti semua SOP yang telah ditetapkan agar segala urusan berjalan dengan lancar dan dapat membantu daripada wabak Covid-19 daripada terus menular.

TARIKH URUSAN KAUNTER KWSP TANPA JANJI TEMU ONLINE (JTO)

Selepas ini semua ahli KWSP tidak lagi perlu membuat Janji Temu Online (JTO) mulai:

  • 1 November 2021

Namun, hanya urusan berkaitan Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) masih memerlukan JTO dan anda boleh membuat janji seperti biasa.

Rujuk jadual dibawah untuk membuat Janji Temu Online (JTO) untuk urusan Khidmat Nasihat Persaraan (RAS).

Urusan KWSP Melalui Kaunter Dah Tak Perlu Buat Janji Temu Online Lagi! Bila Tu?

Baca juga: 600,000 Peluang Pekerjaan Di Bawah Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja)

INISIATIF BAJET 2022 KWSP

Terdapat 3 inisiatif Bajet 2022 yang berkaitan dengan KWSP seterusnya memberikan manfaat kepada pencarum KWSP iaitu:

1. i-Saraan

  • Insentif kerajaan sebanyak 15% atau maksimum RM250 akan diteruskan.
  • Kelayakan pemohon i-Saraan diperluaskan sehingga ahli berumur 60 tahun.

2. Kadar Berkanun Caruman Syer Pekerja

  • Kadar caruman 9% bagi syer pekerja dilanjutkan sehingga gaji Jun 2022

3. Kasih Suri Keluarga Malaysia

  • Merupakan integrasi bersama PERKESO dalam memberi manfaat simpanan dan perlindungan insurans kepada suri rumah dan balu yang berdaftar dibawah e-Kasih.

Urusan KWSP Melalui Kaunter Dah Tak Perlu Buat Janji Temu Online Lagi! Bila Tu?

Baca juga: Intipati Bajet 2022. 3 Matlamat Utama Jayakan Tema Keluarga Malaysia, BKM Sehingga RM2,000

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut mengenai urusan KWSP tanpa Janji Temu Online (JTO), anda boleh dapatkan di:

  • 03-8922 6000
  • Facebook KWSP
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...