Intipati Bajet 2022. 3 Matlamat Utama Jayakan Tema Keluarga Malaysia, BKM Sehingga RM2,000

Nampaknya Bajet 2022 kali ini memberikan manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk kepada negara secara keseluruhannya.

Untuk pengetahuan semua juga, Bajet 2022 kali ini juga telah membentangkan 3 fokus utama dalam usaha memulihkan negara dari sudut ekonomi terutamanya.

Dapatkan initipati Bajet 2022 ini dan manfaatkan segala bantuan dan pelbagai kelebihan yang diberikan oleh kerajaan kepada kita semua. Terima kasih Kerajaan Malaysia!

3 MATLAMAT UTAMA BAJET 2022

Terdapat 3 matlamat utama Bajet 2022 iaitu:

  • Melindungi dan Memulih Kehidupan serta Mata Pencarian
  • Membina Semula Daya Ketahanan Negara
  • Memangkin Pembaharuan

Melindungi dan Memulih Kehidupan serta Mata Pencarian

  • Bajet 2022 akan meneruskan usaha pemulihan dalam memastikan negara berjaya keluar daripada kemelut pandemik COVID-19, serta meneruskan agenda memulih kehidupan dan sektor ekonomi yang terjejas pasca-pandemik. Usaha juga akan digembleng bagi membantu golongan rentan dan mencipta peluang pekerjaan baharu

Membina Semula Daya Ketahanan Negara

  • Bajet 2022 akan memberi penekanan kepada usaha untuk membina semula daya ketahanan sistem kesihatan negara, mempertingkatkan infrastruktur digital dan teknologi terutamanya dalam sektor pendidikan dan menyediakan keperluan untuk negara beralih kepada sektor industri yang mempunyai produktiviti tinggi berasaskan teknologi automasi dan kemahiran tinggi.

Memangkin Pembaharuan

  • Bajet 2022 akan memastikan langkah pembaharuan dilaksanakan dengan memberi penumpuan kepada pencapaian Sustainable Development Goals (SDG), RMKe-12 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Intipati Bajet 2022. 3 Matlamat Utama Jayakan Tema Keluarga Malaysia

JENIS BANTUAN BAJET 2022

Antara bantuan yang akan diberikan adalah:

Bantuan Keluarga Malaysia

  • Bantuan RM2,000: Lebih 3 anak

Intipati Bajet 2022. 3 Matlamat Utama Jayakan Tema Keluarga Malaysia

  • Bantuan RM1,500: Lebih 2 anak
  • Bantuan RM1,000: Tiada anak

Intipati Bajet 2022. 3 Matlamat Utama Jayakan Tema Keluarga Malaysia

Bantuan-bantuan yang lain pula:

  • Bantuan RM300 sebulan: Untuk warga emas
  • RM450 juta untuk Bantuan Awal Kanak-Kanak
  • RM400 juta Rancangan Makanan Tam
  • Diskaun bayaran balik PTPTN diskaun 15% baki hutang penyelesaian penuh PTPTN, 12% bayaran lebih 50% baki hutang dalam sekali bayaran dan 10% bayaran balik dari potongan gaji/debit mengikut jadual.
  • Memperkasa Bidang TVET dengan RM6.6 bilion pelaksanaan inisiatif kementerian dan agensi berkaitan
  • RM200 juta Program usaha sama industri
  • RM2 bilion insentif gaji melalui PERKESO bagi majikan mengambil Keluarga Malaysia yang tidak aktif bekerja seramai 300,000
  • MYSTEP diteruskan dengan tawaran 80,000 penempatan pekerjaan dalam sektor awam dan GLC
  • RM1.1 bilion untuk program latihan dan peningkatan kemahiran bagi 220,000 pelatih
  • Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 bagi setiap murid dengan peruntukan sebanyak RM450 juta.
  • RM25 juta kepada Yayasan Keluarga Malaysia bagi melindungi kebajikan dan pendidikan anak-anak.
  • Syarat kelayakan kebajikan dinaikkan kepada RM1,169 berbanding RM980 sebelum ini
  • Wajibkan pelantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah awanita bagi semua syarikat senaraian awam
  • RM5 juta kepada Yayasan Kepimpinan Wanita bagi merancakkan penyertaan wanita dalam sektor ekonomi.
  • RM13 juta khas untuk Bahagian D11 PDRM bagi Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak.
  • Kit asas kebersihan wanita keapda 130,000 remaja wanita golongan B40
  • Subsidi ujian Mamogram dan saringan kanser serviks kepada wanita
  • Sokongan berterusan warga emas bantuan kebajikan/institusi penjagaan  warga emas
  • Subsidi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak keapda 188,000 penerima
  • Penubuhan Bank Susu Ibu
  • Naik taraf infrastruktur mesra OKU dibangunan OKU
  • Program latihan dan tunjuk ajar golongan OKU
  • Kuota Khas 1% di bawah MyStep untuk golongan OKU
  • tanggungan speenuhnya bayaran lesen kenderaan motor OKU
  • Penyediaan jurubahasa untuk golongan OKU diluaskan
  • Program pemulihan dalam komuniti
  • Program Latihan Industri Belia RM900 sebulan bagi tempoh 6 bulan kepada majikan yang menggaji perantis lepasan sekolah dan graduan 18-30 tahun
  • Program e-Start transaksi tanpa tunai RM150 one-off kepada belia.
  • RM10 juta memperkasa sukan OKU
  • Membina, menaik taraf dan menyelenggara kemudahan sukan sebanyak RM159 juta
  • Program pembudayaan gaya hidup sihat sebanyak RM50 juta
  • RM20 juta untuk kejihanan e-Sukan Kebangsaan
  • Membenarkan pengecualian cukai pendapatan ke atas wang hadiah kemenagan e Sukan yang dibenarkan
  • Bagi anak-anak Sabah dan Sarawak yang ingin mendalami ilmu berkaitan budaya dan awarisan, Kerajaan memperuntukkan RM10 juta bagi tujuan ini.
  • RM31 bilion untuk subsidi, bantuan dan insentif bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.
  • Pengecualian cukai kenderaan penumpang dilanjutkan 6 bulan sehingga 30 Jun 2022
  • KWSP lanuutkan tempoh pengurangan kadar caruman minumum KWSP daripada 11% ke 9% sehingga Jun 2022
  • RM2 bilion untuk Ski Jaminan Kredit Perumahan bagi membantu golongan tiada pendapatan tetap membeli rumah.

Maklumat seterusnya akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

 

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.