Ahli Keluarga Anda Pesara Tentera (ATM)? Ini Jadual Lengkap Tarikh Bayaran Pencen Sehingga Bulan Disember 2022

Mungkin ada diantara anda merupakan pesara askar atau Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kadangkala mereka mungkin meminta pertolongan anda untuk mengeluarkan wang pencen tetapi wang pencen belum lagi masuk ke dalam akaun.

Untuk memudahkan anda, apakata anda download atau rujuk sahaja jadual tarikh bayaran pencen askar/ATM yang dikongsikan ini untuk rujukan anda sehingga bulan Disember 2022.

Baca juga: Semak Pencen Online Sahaja Guna Apps. Jom Download MyPesara Di Handphone Mak Ayah Sekarang

INFO RINGKAS PESARA ASKAR/VETERAN ATM

Untuk pengetahuan anda, mereka yang dikategorikan sebagai pesara askar atau veteran ATM adalah warganegara Malaysia yang telah memberikan perkhidmatan sepenuh masa di dalam angkatan keselamatan yang terdiri dari bekas angkota-anggita seperti berikut:

  • Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  • Pasukan Simpanan ATM yang dikerah sepenuh masa
  • Pasukan Force 136
  • Sarawak Rangers
  • Tentera British yang berkhidmat di Malaya/Singapura (British Army)

JADUAL BAYARAN PENCEN PESARA TENTERA (ATM) SEHINGGA DISEMBER 2021

Berikut adalah tarikh bayaran pencen pesara tentera (ATM) dari bulan Januari sehingga Disember 2022 untuk rujukan anda:

BULAN TARIKH HARI
JANUARI 20 JANUARI 2022 KHAMIS
FEBRUARI 22 FEBRUARI 2022 SELASA
MAC 22 MAC 2022 SELASA
APRIL 21 APRIL 2022 KHAMIS
MEI 23 MEI 2022 ISNIN
JUN 21 JUN 2022 SELASA
JULAI 21 JULAI 2022 KHAMIS
OGOS 22 OGOS 2022 ISNIN
SEPTEMBER 20 SEPTEMBER 2022 SELASA
OKTOBER 13 OKTOBER 2022 KHAMIS
NOVEMBER 22 NOVEMBER 2022 SELASA
DISEMBER 15 DISEMBER 2022 KHAMIS

SUMBER

PENCEN PERKHIDMATAN

Pencen Perkhidmatan dibayar setiap bulan kepada anggota yang layak apabila tamat perkhidmatan.

Anggota berikut layak menerima Pencen Perkhidmatan:

  • Pegawai Tauliah Tetap yang telah mencapai umur persaraan pilihan atau umur persaraan paksa atau mempunyai perkhidmatan yang diakui 20 tahun dan ke atas (tertakluk kepada kelulusan MAT)
  • Pegawai Tauliah Jangka Pendek jika bersara pada umur persaraan paksa Pegawai Tauliah Tetap.
  • Anggota Lain-lain Pangkat yang mempunyai perkhidmatan yang diakui sekurang-kurangnya 21 tahun.
  • Pegawai Tauliah Tetap, Pegawai Tauliah Jangka Pendek atau Anggota Lain-lain Pangkat yang berhenti atas alasan perubatan yang disahkan oleh Lembaga Perubatan sebagai “Unfit”.

Anda tidak layak menerima pencen jika anda salah satu dari senarai di bawah:

  • Dihukum penjara.
  • Menyembunyikan fakta.

Baca juga: Sijil Nikah & Sijil Daftar Kahwin Penting Untuk Proses Pencen Terbitan. Kalau Sayang Pasangan, Simpan Sijil Ini Baik-Baik!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pencen pesara tentera (ATM) sila dapatkan di:

  • Jabatan Arah Rekod dan Pencen
    Markas Angkatan Tentera Malaysia
    Kementerian Pertahanan
    Jalan Padang Tembak
    50634 Kuala Lumpur
  • 03-2071 5731
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.