Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Sijil Nikah & Sijil Daftar Kahwin Penting Untuk Proses Pencen Terbitan. Kalau Sayang Pasangan, Simpan Sijil Ini Baik-Baik!

2,215

Penjawat awam yang berpencen perlu mengemukakan beberapa dokumen wajib untuk proses permohonan pencen terbitan

Sekiranya apa-apa berlaku kepada anda, terutamanya melibatkan kematian, proses permohonan pencen terbitan akan berlaku dengan mudah sekiranya dokumen yang diperlukan adalah legkap seperti yang ditetapkan.

Antara dokumen penting yang berkaitan dengan proses ini ialah Sijil Nikah atau Sijil Daftar Kahwin anda.

Baca juga: Jadual Lengkap Tarikh Bayaran Pencen 2021 Pesara Kerajaan Setiap Bulan

DOKUMEN WAJIB PENCEN TERBITAN

Antara dokumen wajib yang perlu anda sertakan bersama untuk tuntuan pencen terbitan pasangan anda ialah:

  • Kenyataan Perkhidmatan/Cuti.
  • Borang maklumat pesara – JPA.BP.SPPP.B01
  • Sijil akuan berhutang – JPA.BP.UMUM.B01
  • Notis pelepasan/pengasingan caruman kerajaan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk tujuan pengiraan faedah persaraan – JPA.BP.SPPP.B04
  • Salinan surat nikah
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak di bawah umur 21 tahun
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Penyata KWSP 1036

SIJIL NIKAH/SIJIL DAFTAR NIKAH

Untuk pengetahuan anda:

  • Tiada sijil nikah, akan melambatkan proses permohonan pencen terbitan. Sebab ia dokumen wajib dan mesti dikemukakan oleh balu mahupun duda untuk pertimbangan pencen terbitan.
  • Kalau sekarang tak ada, mohon dapatkan. Pastikan ada dalam simpanan. Kalau pesara / penjawat awam meninggal dunia, tidak lah kelam kabut tercari-cari salinan Sijil Nikah atau Sijil Daftar Kahwin.
  • Kalau dah ada dalam simpanan, pastikan nama dan nombor kad pengenalan sama seperti yang tertera atas kad pengenalan. Jangan berbeza.

MAKLUMAT BERBEZA

Buat semakan sekarang khuatir maklumat adalah berbeza kerana menyusahkan proses permohonan pencen terbitan anda.

Ini kerana:

  • Banyak kes, sudah berlaku, nama pada Kad Pengenalan ber’binti’kan bapa angkat, tapi di Sijil Nikah ber’binti’kan bapa kandung.

Oleh itu, sila betulkan maklumat di atas Sijil Nikah atau Sijil Daftar Kahwin, ikut sama seperti dalam Kad Pengenalan.

Perkara ini bukanlah satu birokrasi, tetapi bagi memastikan sesuatu dokumen yang disertakan untuk pertimbangan pencen terbitan adalah yang ‘berintegriti’

Jadi, sila simpan Sijil Nikah atau Sijil Daftar Kahwin anda dengan baik sekiranya anda sayangkan pasangan anda ya!

Baca juga: 10 Jenis Senarai Bantuan PKP 3.0 Yang Disediakan & Masih Boleh Dimohon Sehingga Kini. Semak & Mohon Sebelum Terlambat

Anda juga boleh membuat semakan pencen secara online melalui aplikasi dipautan berikutL

Jadual Lengkap Tarikh Bayaran Pencen 2021 Pesara Kerajaan Setiap Bulan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai tarikh bayaran pencen serta perkara yang berkaitan di :

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...