Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

10 Jenis Senarai Bantuan PKP 3.0 Yang Disediakan & Masih Boleh Dimohon Sehingga Kini. Semak & Mohon Sebelum Terlambat

20,399

Walaupun Perdana Menteri telah menyatakan akan mengumumkan pemberian bantuan yang terbaru berikutan lanjutan PKP 3.0 Fasa 1 pada hari Isnin atau Selasa ini, namun terdapat 10 senarai bantuan yang boleh dipohon oleh anda sehingga kini.

Seperti sedia maklum juga, kemungkinan pengeluaran iSinar dan iLestari akan diteruskan untuk membantu mereka yang sangat memerlukan wang kerana kehilangan pekerjaan atau terjejas pendapatan berikutan PKP 3.0 kali ini.

Bagi anda yang ingin tahu apakah 10 senarai bantuan yang disediakan oleh kerajaan dan masih boleh dipohon sehingga kini, boleh rujuk disini dan buat permohonan selagi belum ditutup.

MORATORIUM AUTOMATIK

Pemberian moratorium bersasar dilihat dapat membantu individu dan peniaga untuk menghadapi PKP 3.0 berikutan pengurangan jumlah simpanan yang telah digunakan semasa PKP terdahulu.

Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang melaksanakan moratorium secara automatik selama enam bulan dari April hingga September 2020 untuk membantu rakyat dan perniagaan.

10 JENIS SENARAI BANTUAN PKP 3.0 YANG DISEDIAKAN & BOLEH DIMOHON

Selain bantuan moratoriumn, iSinar dan iLestari yang bakal dibenarkan pengeluarannya, kerajaan juga ada menyediakan 10 lagi bantuan dan ada diantaranya masih lagi boleh dipohon sehingga hari ini.

Antara 10 jenis bantuan yang disediakan oleh kerajaan dalam menghadapi pandemik Covid-19 ialah:

1. Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (SIP)

Pekerja boleh memohon Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO ini sehingga Disember 2021 dan mestilah bekerja di sektor swasta.

Syarat & Cara Mohon SIP Prihatin PERMAI Sehingga 9 Bulan

2. Program Perintis PERKESO

Program Perantisan PERKESO merupakan program di bawah Kementerian Sumber Manusia (PERKESO) bagi memberi pengalaman bekerja jangka pendek sepenuh masa kepada para belia sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan (diumumkan pada 17 Mac 2021 di bawah insiatif PEMERKASA)

10 Jenis Senarai Bantuan PKP 3.0 Yang Disediakan & Masih Boleh Dimohon Sehingga Kini. Semak & Mohon Sebelum Terlambat

3. Skim Perumahan Belia

Melalui skim ini, diharapkan golongan bujang dan yang sudah berkahwin mampu membeli rumah pertama mereka dengan dengan adanya kemudahan pembiayaan perumahan SPB BSN.

skim perumahan belia bsn

4. RM1,000 kepada penganggur untuk dapatkan pekerjaan

Melalui program ini, golongan belia dan penganggur serta tiak mempunyai pekerjaan yang tetap untuk menimba pengalaman bekerja bagi meningkatkan kemahiran melalui on job training.

10 Jenis Senarai Bantuan PKP 3.0 Yang Disediakan & Masih Boleh Dimohon Sehingga Kini. Semak & Mohon Sebelum Terlambat5. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) untuk isi rumah dan bujang

Bantuan lain ialah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) iaitu kategori isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 mendapat BPR tambahan RM500 manakala bagi isi rumah berpendapatan antara RM2,501 dan RM5,000 akan menerima RM300. Sementara itu, golongan bujang akan menerima BPR sebanyak RM100.

BPR 2021: Cara Log Masuk & Buat Semakan Status Permohonan

6. Bantuan khas kewangan pesara kerajaan, veteran tidak berpencen

Terdapat 2 kategori penerima untuk Bantuan Khas Kewangan iaitu:

1. Kakitangan Awam

  • Diberikan kepada Gred 56 ke bawah.
  • Bayaran sebanyak RM600.

2. Pesara

  • Diberikan kepada kepada pesara Kerajaan dan Veteran tidak berpencen.
  • Bayaran sebanyak RM300.

 

Pesara Dan Penjawat Awam Tidak Dilupa. Bakal Nikmati Bantuan Khas Kewangan

7. Elaun sara hidup nelayan

Elaun Sara Hidup Nelayan juga turut diberikan kepada 3,400 nelayan darat yang berdaftar. Malahan elaun juga dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

10 Jenis Senarai Bantuan PKP 3.0 Yang Disediakan & Masih Boleh Dimohon Sehingga Kini. Semak & Mohon Sebelum Terlambat

8. Kenaikan bantuan kebajikan warga emas 

Kadar jumlah bantuan kewangan kepada warga emas sebelum ini adalah sebanyak RM350 dan dinaikkan jumlahnya sebanyak RM500 sebulan.

Kadar Bantuan Kebajikan Bulanan Warga Emas Dinaikkan Sehingga RM500. Ini Cara Mengemukakan Permohonan

9. Potongan cukai tambahan majikan menggaji warga emas sehingga 2025

Bagi menggalakkan peluang pekerjaan kepada warga emas, potongan cukai tambahan akan diberikan kepada majikan yang menggaji warga emas. Potongan ini akan dilanjutkan sehingga tahun 2025.

10 Jenis Senarai Bantuan PKP 3.0 Yang Disediakan & Masih Boleh Dimohon Sehingga Kini. Semak & Mohon Sebelum Terlambat

10. Pelepasan cukai rawatan perubatan keperluan khas & penjagaan ibu bapa sehingga RM8,000

Pelepasan cukai terhad kepada RM8,000 bagi rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa.

 

Bajet 2021: 7 Pelepasaan Cukai Yang Anda Perlu Ambil Tahu

Untuk bantuan-bantuan lain dan terkini, anda boleh terus layari dan dapatkan cara-cara membuat permohonan di kini.my.

Bagi bantuan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri untuk PKP 3.0 Fasa 1, akan dikemaskini dari semasa ke semasa setelah ianya diumumkan.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...