Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan BSN MyHome Pinjaman Sehingga 100% Dari Harga Rumah

4,264

Pernahkah anda didedahkan tentang BSN MyHome atau Skim Perumahan Belia?

Melalui skim yang disediakan ini, golongan belia yang bujang dan berkahwin boleh membeli rumah pertama masing-masing dengan kemudahan pembiayaan perumahan yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).

Malahan kemudahan pembiayaan perumahan BSN MyHome ini akandiberikan subsidi sebanyak RM200 sebulan sepanjang 2 tahun pertama juga disediakan kepada anda.

Anda perlu cepat membuat permohonan kerana unit rumah yang ditawarkan terhada sebanyak 20,000 unit sahaja.

SKIM PERUMAHAN BELIA BSN MyHOME

Antara ciri-ciri menarik tentang skim BSN MyHome ini ialah:

  • Pemberian bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan oleh Kerajaan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pinjaman pelanggan untuk tempoh 2 tahun, dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju / penjual.
  • 100% pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan perjanjian pembiayaan bagi nilai rumah sehingga RM300,000.
  • Kemudahan pinjaman ini ditawarkan bagi pembelian hartanah sama ada dalam pembinaan / telah siap atau sub-pembelian dari individu (sub-sale).

Pinjaman perumahan adalah dikira berdasarkan kadar boleh ubah dan anda menawarkan rumah anda sebagai cagaran untuk pinjaman ini.

Skim ini hanya untuk hartanah yang berharga dari RM100,000 sehingga maksimum RM500,000 (sama seperti skim MyDeposit 2018).

Tempoh pinjaman pula dari 5 tahun sehingga 35 tahun maksimum (tertakluk kepada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh Pinjaman).

KADAR FAEDAH

skim perumahan belia bsn

  • Antara KA + 0.60% sehingga KA + 3.00% bergantung kepada profil dan lokasi hartanah pelanggan.
  • Bagi amaun pinjaman RM350,000 dan ke atas dengan tempoh pinjaman 30 tahun dan tanpa tempoh lock-in, kadar faedah indikatif adalah BR + 0.80%*. (terpakai hanya untuk pakej NZEC).
  • Kadar Asas (KA) BSN semasa adalah 4.10% ( berkuatkuasa mulai 7 Febuari 2018).
Nota: Yuran guaman perlu dibayar sendiri oleh pembeli dan anda boleh membuat pengeluaran KWSP untuk membayar ansuran.

SYARAT KELAYAKAN SKIM PERUMAHAN BELIA BSN MyHOME

Syarat kelayakan untuk memohon Skim Perumahan Belia BSN MyHome ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Belia yang sudah berkahwin umur 25-40 tahun
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000
  • Pembeli rumah pertama sahaja

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN BELIA BSN MyHOME

Lengkapkan permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome :

  • Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN
  • Perjanjian Jual dan Beli / Resit deposit / Proforma Pesanan Pembelian
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
  • Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
  • Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)
  • Salinan penyata KWSP
  • Surat pengesahan berkerja daripada majikan
  • Borang EA/ EC

Dokumen bagi mereka yang bekerja sendiri pula, siapkan dokumen berikut:

  • Borang B/BE dan Resit LHDN
  • Surat pendaftaran syarikat (SSM)
  • Salinan penyatan bank 6 bulan terkini
  • Dokumen – dokumen lain (jika perlu)

Dapatkan maklumat lanjut dan buat permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome di pautan berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...