Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bajet 2021: 7 Pelepasan Cukai Yang Anda Perlu Ambil Tahu

4,744

Pada pembentangan Bajet 2021 yang lalu. Menteri Kewangan telah menyatakan bahawa rakyat Malaysia yang membayar cukai pada negara akan mendapat 7 pelepasan cukai dan ianya sangat bermanfaat buat anda semua.

7 Pelepasan cukai yang dinyatakan ini sangat berbaloi dan disambut baik oleh semua lapisan masyarakat terutamanya mereka yang sentiasa menjelaskan bayaran cukai kepada Lembaga Hasil Dalan Negeri Malaysia (LHDNM)

Jadi, apakah 7 jenis pengecualian cukai yang telah dinyatakan ketika pembentangan Bajet 2021 yang lepas?

7 PELEPASAN CUKAI YANG ANDA PERLU TAHU

Berikut adalah 7 pelepasan cukai yang anda semua perlu tahu ialah:

1. VAKSINASI

Pelepasan cukai terhad kepada RM1,000 ke atas perbelanjaan vaksinasi untuk pneumokokal, influenza serta COVID-19 bagi diri sendiri, pasangan dan anak-anak.

2. PERUBATAN PENYAKIT SERIUS

Pelepasan cukai terhad kepada RM8,000 ke atas perbelanjaan rawatan perubatan penyakit serius bagi diri sendiri, pasangan dan anak-anak.

Bajet 2021: 7 Pelepasaan Cukai Yang Anda Perlu Ambil Tahu

3. PEMERIKSAAN PENUH & PERBELANJAAN VAKSINASI

Pelepasan cukai ke atas perbelanjaan pemeriksaan penuh dan perbelanjaan vaksinasi masing-masing terhad kepada RM1,000.

4. PENJAGAAN IBU BAPA

Pelepasan cukai terhad kepada RM8,000 bagi rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa.

5. PERLINDUNGAN TENANG

Pengecualian duti setem ke atas semua produk Perlindungan Tenang dengan sumbangan tahunan tidak melebihi RM100 sehingga tahun taksiran 2025.

6. PRIVATE RETIREMENT SCHEME (PRS)

Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 ke atas caruman Private Retirement Scheme (PRS) sehingga tahun taksiran 2025.

7. GAYA HIDUP

Had pelepasan cukai pendapatan bagi gaya hidup sebanyak RM3,000 dikhususkan untuk perbelanjaan pembelian peralatan sukan, bayaran kemasukan atau sewaan fasiliti sukan serta bayaran penyertaan pertandingan sukan.

LAIN-LAIN BANTUAN KEWANGAN BAJET 2021

Antara bantuan kewangan yang lain-lain dibentangkan ketika Bajet 2021 selain daripada 7 pelepasan cukai yang anda perlu tahu ialah:

1. PENGELUARAN SIMPANAN AKAUN 2 KWSP

Pengeluaran simpanan Akaun 2 KWSP untuk membeli produk perlindungan insurans dan takaful hayat dan penyakit kritikal yang diluluskan oleh KWSP.

2. CARUMAN SKIM BENCANA PEKERJAAN PERKESO

Caruman Skim Bencana Pekerjaan PERKESO kepada:

  • Anggota Pasukan Sukarelawan Angkatan Tentera, Sukarelawan Simpanan Polis, Sukarelawan Pertahanan Awam Malaysia, dan Sukarelawan Maritim Malaysia.
  • Guru takmir, imam, bilal, siak, noja, dan merbut.
  • Pekerja sektor awam berstatus Contract for Service.
  • Delivery riders.

3. PROGRAM BANTUAN RUMAH

Program Bantuan Rumah kepada golongan miskin iaitu membina rumah baharu dan membaik pulih rumah.

4. PROGRAM PENJANAAN PENDAPATAN

Program penjanaan pendapatan dan peningkatan kualiti hidup kumpulan rentan.

Juga terdapat bantuan lain yang disalurkan pada tahun 2021 ialah bantuan kesihatan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

BANTUAN KESIHATAN

Juga terdapat beberapa bantuan kesihatan yang akan disalurkan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan seperti:

  • Perlindungan mySalam ke atas tuntutan kos peranti perubatan seperti stent untuk jantung atau prosthesis.
  • Baucar RM50 untuk membeli produk Perlindungan Tenang termasuk takaful hayat dan kemalangan diri.
  • Program imunisasi pneumokokal untuk kanak-kanak.
  • Penyediaan ubat biologik khusus pesakit rheumatoid arthritis.
  • Program rawatan Peritoneal Dialysis di rumah.
  • Penambahbaikan Rancangan Makanan Tambahan dengan penyediaan bekalan susu setiap hari persekolahan.

Bajet 2021: 7 Pelepasaan Cukai Yang Anda Perlu Ambil Tahu

Baca juga: Tarikh Akhir e-Filling 2021 Bagi Taksiran 2020 Mengikut Kategori. Semak Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat dan pertanyaan mengenai e-Filing dan bayaran cukai, sila hubungi LHDNM di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...