Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) Guru Tadika Swasta 2021

2,828

Guru Tadika Swasta boleh membuat permohonan untuk mengikuti Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) Bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) Di Institut Pendidikan Guru Bagi Guru Tadika Swasta Dalam Perkhidmatan Tahun 2021.

Program ini adalah untuk ambilan Jun 2021 dan terbuka untuk Guru Tadika Swasta meneruskan pengajian serta mempunyai Diploma Perguruan Malaysia seperti mana yang dikehendaki oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dapatkan kelayakan permohonan melalui perkongsian ini dan mohon dengan segera sebelum tarikh tutup pada 15 Mac 2021 ini.

INFO RINGKAS PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM) BIDANG PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PAKK) DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Program ini dikhususkan untuk melatih guru tadika swasta dalam perkhidmatan, bagi mendapatkan kelayakan akademik minimum diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) bagi semua guru prasekolah di Malaysia. Program pengajian yang ditawarkan bertujuan untuk memberi pengetahuan ikhtisas dan menyediakan pengalaman bagi membolehkan guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan. Program ini ditawarkan di kampus terpilih Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang terlatih, dinamik, berwibawa dan kompeten dalam melaksanakan tugas mereka sebagai pendidik. Guru-guru yang telah menamatkan pengajian akan ditempatkan semula di tadika masing-masing.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan bermula dari:

  • 23 Februari 2021 sehingga 15 Mac 2021

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Terdapat 2 bahagian syarat kelayakan permohonan seperti berikut:

SYARAT UMUM

  • Telah dilantik dan sedang berkhidmat di tadika swasta yang berdaftar
    dengan KPM.

SYARAT AKADEMIK

  • Memiliki kelulusan SPM/ SPM(V)/ SPVM/ SMA/ SMU dengan tiga kepujian dalam satu sijil atau gabungan dua sijil dalam tempoh tiga tahun berturut turut serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris.
  • Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan sekurangkurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran atau yang setaraf dengannya serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurangkurangnya gred Maqbul serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
  • Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam Pengasuhan Awal Kanak-kanak/ Prasekolah serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
  • Bagi pemohon yang tidak memenuhi syarat di a, b, c atau d;
    Lulus ujian penilaian Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) yang dikendalikan oleh Malaysian Qualifications (MQA) serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

MOD PROGRAM

Mod program sepenuh masa dan dilaksanakan secara kursus dalam cuti (KDC).

YURAN PENGAJIAN

Kos pengajian bagi setiap peserta adalah sebanyak:

  • RM8,060.00 sepanjang tempoh pengajian

Perincian yuran kos pengajian adalah seperti berikut:

Cara Mohon Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) Guru Tadika Swasta 2021

Nota: Penginapan pelajar tidak disediakan sepanjang tempoh pengajian

LOKASI IPG KAMPUS

9 kampus IPG yang menawarkan program PDPM PAKK guru tadika swasta:
  • IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang
  • IPG Kampus Bahasa Melayu, WP Kuala Lumpur
  • IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan
  • IPG KampusTemenggong Ibrahim, Johor
  • IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang
  • IPG Kampus Batu Lintang, Sarawak
  • IPG Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak
  • IPG Kampus Gaya, Sabah
  • IPG Kampus Tawau, Sabah

BORANG PERMOHONAN

Mohon untuk klik link atau scan QR Code borang permohon yang telah
disediakan di bawah:

Cara Mohon Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) Guru Tadika Swasta 2021

  • Isikan maklumat anda dengan betul, klik NEXT dan klik SENT untuk menghantar permohonan anda.

Atau scan QR Code borang permohonan di bawah:

Cara Mohon Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) Guru Tadika Swasta 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi Kementerian Pendidikan Malaysia di:

  • Telefon: 03-8884 9536
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...