Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Bantuan Kewangan IPT Negeri Sembilan. Semak Kelayakan Disini

3,312

Anak-anak Negeri Sembilan yang ingin menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi boleh membuat permohonan bantuan yang akan diberikan oleh kerajaan Negeri Sembilan kepada mereka yang layak.

Ia juga bertujuan agar pelajar yang layak dapat menyambung pendidikan di peringkat yang lebih tinggi dan mendapat pendidikan dengan sempurna seperti mana orang lain.

Baca juga:  RM1,000 Buat Siswa Baharu Anak Selangor (HPIPT). Mohon Segera

Dapatkan cara mohon serta syarat permohonan melalui perkongsian ini.

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN IPT NEGERI SEMBILAN

Antara syarat permohonan Bantuan Kewangan IPT Negeri Sembilan ialah:

  • Pemohon adalah anak Negeri Sembilan yang menetap di Negeri Sembilan.
  • Pemohon hendaklah memohon dalam tempoh tahun pertama pengajian.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00.
  • Pemohon hendaklah menggunakan borang PK-PSUKNS-31 dan pemohon WAJIB mengisi semua maklumat yang diperlukan.
  • Bagi pemohon yang merupakan anak peneroka FELDA sahaja; pemohon adalah diwajibkan untuk mengisi Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA.
  • Borang permohonan hendaklah disahkan oleh yang berikut sahaja:
    *YB ADUN / Ahli Parlimen atau Pegawai Penyelaras DUN
    *Penghulu
    *Pengerusi MPKK / KRT / Taman

BORANG PERMOHONAN

Anda boleh download borang permohonan berikut dan lengkapkan sebelum menghantar permohonan anda:

Cara Mohon Bantuan Kewangan IPT Negeri Sembilan. Semak Kelayakan Disini

Cara Mohon Bantuan Kewangan IPT Negeri Sembilan. Semak Kelayakan Disini

Cara Mohon Bantuan Kewangan IPT Negeri Sembilan. Semak Kelayakan Disini

DOKUMEN SOKONGAN

Sediakan dokumen sokongan berikut untuk melengkapkan permohonan anda:

  • Salinan kad pengenalan pemohon DAN ibu bapa ATAU penjaga
  • Salinan Sijil Kematian ATAU Perceraian jika berkenaan
  • Salinan penyata gaji ATAU pengesahan pendapatan ibu bapa ATAU penjaga
  • Salinan surat tawaran ke IPT yang berkenaan DAN pengesahan pendaftaran ATAU bayaran yuran pendaftaran ATAU surat pengesahan pengajian
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah ATAU Menengah; Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA khususnya bagi anak peneroka FELDA DAN hendaklah disahkan oleh Pengurus Felda Kawasan.

Seterusnya, hantar permohonan anda ke Pusat Khidmat DUN yang terdekat atau pos ke alamat berikut:

  • Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan
    Tingkat 5B, Wisma Negeri
    70503 Seremban.

Baca juga: Lembaga Zakat Kedah: Skim Bantuan Awal IPT 2021. Semak Kelayakan & Mohon Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Bantuan Kewangan IPT Negeri Sembilan, sila hubungi:

  • 06-7659936 /31 @ 06-7659784 /85
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...