Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jawatan Kosong Di Universiti Teknologi MARA. 3 Jawatan Untuk Diisi

1,904

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di Universiti  Teknologi MARA, Cawangan Johor,Kampus Segamat/Kampus Pasir Gudang.

Dapatkan perincian jawatan yang dikongsikan seperti maklumat jawatan serta syarat permohonan untuk memohon jawatan yang ditawarkan oleh Universiti Teknologi MARA.

Baca juga: Cara Mohon Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) Guru Tadika Swasta 2021

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan adalah pada:

  • 14 Mac 2021

LANTIKAN JAWATAN

Lantikan untuk jawatan adalah:

  • Tetap/Kontrak

SYARAT KELAYAKAN MENGIKUT JAWATAN

Berikut adalah syarat kelayakan mengikut jawatan yang ditawarkan iaitu:

JAWATAN PENTADBIRAN

JURUTERA – 1 Kekosongan (Kampus Pasir Gudang)

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia.
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
(c) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred J41: RM2,529.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diikitiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

PEGAWAI EKSEKUTIF – 1 Kekosongan (Kampus Segamat)

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia.
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
(iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diikitiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT (N19) – 1 Kekosongan (Kampus Segamat)

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia.
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00)
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40)
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diikitiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

JAWATAN & KADAR GAJI

Berikut adalah kadar gaji yang ditawarkan mengikut jawatan yang ditawarkan:

Jawatan Kosong Di Universiti Teknologi MARA. 3 Jawatan Untuk Diisi

CARA MOHON

Untuk membuat permohonan, dapatkan dahulu borang dipautan berikut:

Atau di link berikut:

Jawatan Kosong Di Universiti Teknologi MARA. 3 Jawatan Untuk Diisi

BORANG PERMOHONAN

DOKUMEN SOKONGAN UNTUK PERMOHONAN

Lengkapkan permohonan anda dengan sertakan bersama dokumen sokongan mengikut susunan seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah/Menengah
  • Salinan Sijil SRP/PMR, SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
  • Salinan Sijil Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik/Terperinci)
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)

Hantarkan permohonan anda yang lengkap dengan dokumen sokongan yang diperlukan di:

  • TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
    BAHAGIAN PENTADBIRAN
    UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR
    KAMPUS SEGAMAT
    JALAN UNIVERSITI OFF KM. 12 JALAN MUAR
    85000 SEGAMAT
    JOHOR DARUL TA’ZIM
Nama Jawatan/Bidang & Fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul permohonan.
Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak melalui majikan tidak akan diproses.
Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.
Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi Universiti Teknologi MARA di:

  • TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
    BAHAGIAN PENTADBIRAN
    UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR
    KAMPUS SEGAMAT
    JALAN UNIVERSITI OFF KM. 12 JALAN MUAR
    85000 SEGAMAT
    JOHOR DARUL TA’ZIM
  • Telefon: +(607)-935 2273 / 2020 / 2339

UPDATE TERKINI JAWATAN KOSONG

Sebarang update terkini mengenai jawatan kosong pelbagai jawatan, anda boleh layari laman berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...