Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Download Contoh Surat Mohon Kebenaran Rentas Daerah / Negeri Sepanjang PKP 2021

39,913

Bagi anda yang ingin membuat persediaan sekiranya terdapat hal kecemasan yang mungkin akan berlaku sepanjang tempoh PKP, PKPB dan PKPP bagi tahun 2021 boleh download contoh surat mohon kebenaran rentas daearah / negeri yang dikongsikan di sini.

Banyak perkara telah berlaku pada tahun 2021 ini termasuk peningkatan mendadak Covid-19 sehingga memaksa pihak Kerajaan menjalankan perintah kawalan seperti yang diterangkan dengan jelas disini.

Selain daripada itu, untuk mengekangnya wabak ini terus menular, pihak Kerajaan telah mengambil satu lagi langkah yang drastik iaitu dengan mengisytiharkan darurat sehingga Ogos ini.

CONTOH SURAT MOHON KEBENARAN RENTAS DAERAH / NEGERI PKP 2021

Jika anda ingin lengkapkan permohonan kebenaran rentas daerah / negeri sepanjang PKP 2021, anda boleh download sahaja contoh yang dikongsikan ini:

Download Contoh Surat Mohon Kebenaran Rentas Daerah / Negeri Sepanjang PKP 2021

DOWNLOAD DI SINI

Untuk pengetahuan anda, surat permohonan ini perlu disertakan bersama Permit Rentas Daerah / Negeri yang telah diluluskan oleh pihak Polis dan simpan untuk rujukan polis sepanjang perjalanan anda.

PROSEDUR MENDAPATKAN PERMIT KEBENARAN RENTAS NEGERI

Sekiranya anda ingin merentas negeri atau daerah yang terlibat dengan PKPB, anda perlu dapatkan borang kebenaran dan ikut prosedur berikut untuk membuat permohonan merentasi negeri:

  1. Muat turun borang kebenaran rentas negeri di bawah.(2 salinan)
  2. Lengkapkan borang tersebut.
  3. Berikan alasan yang jelas sebab permohonan pergerakan.
  4. Turunkan tandatangan pemohon beserta tarikh permohonan.
  5. Bawa borang kebenaran yang telah lengkap diisi ke balai polis berhampiran untuk mendapatkan kelulusan.
  6. Sekiranya mendapat kelulusan borang tersebut perlu ditunjukkan kepada pihak berkuasa yang melakukan sekatan jalan raya ketika ingin merentasi negeri atau sempadan.

Klik butang di bawah untuk muat turun Borang Kebenaran Rentas Negeri:

BORANG KEBENARAN PERGERAKAN PKPB 

Download Contoh Surat Mohon Kebenaran Rentas Daerah / Negeri Sepanjang PKP 2021

Atau, anda boleh dapatkan borang dipautan berikut: https://www.rmp.gov.my/docs/default-source/Penerbitan/borang-permit-pergerakan-pkpb.pdf?sfvrsn=2

Sebarang maklumat lanjut, sila dapatkan di lman rasmi Majlis Keselamatan Negara https://www.mkn.gov.my/ atau laman rasmi PDRM iaitu https://www.rmp.gov.my/.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...