Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Lembaga Zakat Kedah: Skim Bantuan Awal IPT 2021. Semak Kelayakan & Mohon Disini

1,406

Pelajar yang bakal melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggai sama ada di dalam atau luar negara, boleh membuat permohonan bantuan untuk memasuki Institut Pengajian Tinggi (IPT) melalui Skim Bantuan Awal IPT yang dikendalikan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Anda boleh membuat permohonan mulai 15 Februari sehingga 31 Disember 2021 untuk menampung kos pengajian diperingkat Sijil / Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di IPT.

Baca juga: Ini 6 Kategori Pelajar IPT Yang Dibenarkan Kembali Semula Ke Kampus Mulai 1 Mac. Semak Sekarang

Jom semak kelayakan untuk membuat permohonan Skim Bantuan Awal IPT Lembaga Zakat Negeri Kedah melalui perkongsian ini.

INFO RINGKAS SKIM BANTUAN AWAL IPT 2021

Untuk pengetahuan anda, Skim Bantuan Awal IPT 2021 merupakan satu bentuk bantuan yang diberikan kepada pelajar yang bakal menyambung pelajaran di Institut pengajian Tinggi dalam negara terutamanya.

Namun bantuan ini tidak termasuk kepada pelajar seperti berikut:

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
  • Pusat pengajian bertaraf sekolah

Ia juga diagihkan kepada 8 golongan asnaf yang layak sahaja.

TARIKH PERMOHONAN SKIM BANTUAN AWAL IPT 2021

Tarikh permohonan untuk Skim Bantuan Awal IPT 2021 ialah:

  • 15 Februari hingga 31 Disember 2021

KAEDAH BAYARAN SKIM BANTUAN AWAL IPT 2021

Bayaran kepada pemohon yang berjaya adalah secara:

  • One-off / sekali bayar

SYARAT KELAYAKAN SKIM BANTUAN AWAL IPT 2021

Syarat kelayakan permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Pemohon mestilah beragama Islam.
  • Pemohon sedang bermastautin/ menetap di negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran).
  • Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran bagi peringkat Sijil/ Asasi/ Matrikulasi/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa bermula tahun 2021 sahaja dan telah membuat bayaran pendaftaran awal pengajian.
  • Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurang-kurangnya setahun pengajian kecuali bidang kemahiran sekurang-kurangnya tiga (3) bulan pengajian.
  • Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan kecuali bagi kes-kes khas dimana pelajar memasuki IPT dibawah umur disebabkan kemasukan khas atau mana-mana bidang kemahiran.
  • Pemohon perlulah menyambung pengajian diperingkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).
  • Pelajar yang menyambung pengajian dalam Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) adalah tidak layak memohon bantuan awal IPTA.
  • Borang permohonan yang lengkap diisi oleh pemohon hendaklah dihantar beserta dokumen-dokumen yang telah disahkan.

Baca juga: Bantuan Pakej Pelan Data & Diskaun Peranti Pelajar IPT B40

CARA MEMBUAT PERMOHONAN SKIM BANTUAN AWAL IPT 2021

Mudah sahaja, anda hanya perlu mohon secara online seperti berikut:

Lembaga Zakat Kedah: Skim Bantuan Awal IPT 2021. Semak Kelayakan & Mohon Disini

  • Klik PERMOHONAN BARU jika belum pernah membuat pendaftaran.
  • Seterusnya lengkapkan maklumat pada borang. Tetapi sebelum itu, masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN untuk log masuk.

Lembaga Zakat Kedah: Skim Bantuan Awal IPT 2021. Semak Kelayakan & Mohon Disini

  • Upload dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan proses permohonan anda.
  • Klik HANTAR dan tunggu permohonan anda diproses.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN SKIM BANTUAN AWAL IPT 2021

Antara dokumen sokongan yang perlu disertakan semasa mengisi permohonan Skim Bantuan Awal IPT 2021 ialah:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon (pelajar)
  • Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penjaga
  • Surat Tawaran Melanjutkan Pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)
  • Salinan Slip Bank/ Resit Pembayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau
  • Surat Akaun pendaftaran masuk IPT yang dikeluarkan oleh IPT atau apa-apa dokumen bukti pengesahan masuk ke IPT.
  • Salinan Akaun Bank Pemohon (Pelajar)
Nota: Semua salinan dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Ketua Jabatan, Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Pengetua, Guru Besar, Penghulu) atau Imam/ Penolong Amil bagi kariah masjid.
Anda juga boleh membuat semakan permohonan pada pautan yang sama dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan seterusnya klik SEMAK. Status permohonan akan dipaparkan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Skim Bantuan Awal IPT 2021 Lembaga Zakat Negeri Kedah, sila ajukan di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...