Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Beri Jawatan Tetap, Pencen Atau KWSP 15 Tahun Kepada Doktor Kontrak Kementerian Kesihatan Malaysia

2,491

Isu Hartal Doktor Kontrak masih lagi belum selesai dan kerajaan diharap dapat mencari jalan penyelesaian terhadap isu yang membabitkan pegawai perubatan kontrak ini.

Ini adalah kerana perkhidmatan mereka sangat diperlukan ketika ini dan perlu ditangani dengan segera untuk keperluan perkhidmatan kesihatan negara.

Jadi apakah pilihan yang perlu disediakan untuk mereka seperti yang dicadangkan?

LANJUTAN TEMPOH KONTRAK

Lanjutan tempoh kontrak bukan jalan penyelesaian yang selari dengan kepentingan jangka panjang sektor perubatan negara kerana pandemik Covid-19 ini membuktikan sistem perubatan kita sangat memerlukan kepada peningkatan dan pembaharuan radikal.

Ia membabitkan seramai lebih 23,000 pegawai perubatan yang tidak diserapkan dalam perkhidmatan perubatan sedangkan mereka sudah menamatkan pengajian dan melakukan ‘housemanship’ sejak 2016.

PILIHAN KONTRAK

Antara pilihan yang difikirkan sesuai untuk doktor kontrak adalah seperti berikut:

  • Jawatan tetap dengan pencen
  • Kumpulan Wang Simpanan Kerja (KWSP) sekurang-kurangnya 15 tahun daripada kelulusan seperti yang telah dipersetujui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ia untuk membolehkan pegawai itu menjadi pekerja tetap dalam jangka masa pandemik Covid-19 ini.

TUJUAN BERI JAWATAN TETAP DOKTOR KONTRAK

Tujuan jawatan doktor kontrak diberika secara tetap adalah kerana:

  • Dalam pandemik yang dahsyat sekarang, doktor muda inilah yang telah banyak berkorban. Mereka berada di barisan hadapan dengan peralatan perlindungan diri (PPE) penuh, selama berjam-jam. Terpaksa bekerja melalui panggilan dan menjauhkan diri daripada orang yang mereka sayangi.
  • Mereka tidak dapat bekerja dari rumah,sering kehilangan makanan dan saling tugas sebagai doktor, pegawai kerani, vaksin, kaunselor dan pengesan hubungan.

Beri Jawatan Tetap, Pencen Atau KWSP 15 Tahun Kepada Doktor Kontrak Kementerian Kesihatan Malaysia

JAWATAN SEPARA PERUBATAN DIBUKA

Kementerian Kesihatan Malaysia memerlukan lebih banyak hospital, lebih ramai pakar, pegawai kesihatan dan jururawat terlatih serta peningkatan akses secara menyeluruh kepada kemudahan kesihatan berkualiti walau di mana juga tanpa mengira kemampuan.

Oleh itu, KKM melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah membuka pelbagai jawatan separa perubatan dan boleh dipohon mulai sekarang terutamanya kepada lepasan SPM dan STPM.

Rujuk: Pengambilan Terkini Latihan Separa Perubatan SPA. Terbuka Untuk Lepasan SPM Berumur 17-25 Tahun. Dijamin Tempat Kerja Dalam Kerajaan

SENARAI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA

Berikut merupakan senarai latihan separa perubatan yang ditawarkan. Anda bolehlah memilih mana-mana latihan yang anda minat.

SENARAI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL

INFO LANTIKAN KONTAK DOKTOR UD41

Pada 23 Jun, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, bagi tempoh Disember 2016 hingga 31 Mei 2021, seramai 23,077 pegawai perubatan UD41 telah dilantik secara kontrak bagi menjalani latihan siswazah dan khidmat wajib.

Menurut beliau, daripada jumlah tersebut, seramai 789 daripada 2,544 pegawai daripada Kohort Lantikan 1 Tahun 2016, Kohort Lantikan 1 Tahun 2017 dan sebahagian Kohort Lantikan 2 Tahun 2017 yang layak diperakukan pelantikan tetap telah pun ditawarkan pelantikan tetap oleh SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam).

Tambah Dr Adham, kohort lantikan lain masih dalam latihan dan belum ditimbangkan pelantikan tetap serta perkhidmatan mereka masih disambung hingga 2022.

Semoga isu ini mempunyai jalan penyelesaiannya dan anda yang berminat boleh memohon pelbagai jawatan melalui portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan awam dengan klik disini.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...