Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pengambilan Terkini Latihan Separa Perubatan SPA. Terbuka Untuk Lepasan SPM Berumur 17-25 Tahun. Dijamin Tempat Kerja Dalam Kerajaan

0 4,768

Banyak yang tidak mengetahui apa itu Program Latihan Separa Perubatan? Program ini merupakan sebuah program pengajian yang terletak di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Untuk pengetahuan anda juga, dalam program pengajian ini, pelatih akan diberikan elaun sara diri sepanjang tempoh pengajian dan penginapan pelatih turut disediakan.

separa perubatan 7

Bukan itu sahaja, pekerjaan juga sudah tersedia untuk pelatih kerana sebaik sahaja tamat tempoh latihan pengajian, Kementerian Kesihatan akan menempatkan anda di hospital-hospital kerajaan untuk bekerja. Selain itu, anda juga tidak akan dikenakan sebarang yuran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini.

Menarik bukan? Pelbagai faedah dapat anda peroleh daripada program latihan ini. Sekiranya anda berasa minat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ini, anda bolehlah membuat permohonan.

Anda boleh membuat permohonan secara online di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Di dalam artikel ini akan dikongsikan cara-cara untuk anda membuat permohonan tersebut.

Baca juga: SPA9 Login : Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Terdapat beberapa syarat yang telah ditetapkan dan anda haruslah meneliti setiap satu daripada syarat ini. Pastikan anda telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan ini sebelum anda membuat permohonan. Antara syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V);
  • Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon, sila rujuk jenis-jenis Latihan Separa Perubatan.
  • Pemohon perlu memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan lain yang setaraf dengannya dan mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu.
  • Lulus enam subjek dalam SPM dengan subjek Bahasa Melayu mendapat gred kepujian dan selebihnya peringkat lulus dalam satu peperiksaan.
  • Lulus enam subjek termasuk Bahasa Melayu dengan dua subjek lain di peringkat kepujian dan selebihnya peringkat lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.
  • Memenuhi syarat Bahasa Melayu sama ada kepujian atau lulus dan subjek-subjek tertentu sepertimana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
    Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mendapat kepujian dalam subjek Bahasa
  • Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah selama satu tahun. Calon perlu isi semula permohonan selepas tempoh tersebut.
  • Pegawai sedang berkhidmat untuk kenaikan pangkat secara lantikan hendaklah berumur kurang daripada 51 tahun pada tarikh permohonan.
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/ Badan Berkanun atau Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Kementerian Kesihatan Malaysia. Program Latihan Separa Perubatan

SENARAI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA

Berikut merupakan senarai latihan separa perubatan yang ditawarkan. Anda bolehlah memilih mana-mana latihan yang anda minat.

SENARAI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan untuk melanjutkan pengajian dalam program separa perubatan ini hanya dibuka secara online. Anda yang berminat bolehlah mengemukakan permohonan. Berikut merupakan cara-cara permohonan.

1.) Layari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Klik pada link berikut.

Link Portal Rasmi SPA: https://www.spa.gov.my/

separa perubatan 1

2.) Masukkan ID dan kata laluan.
separa perubatan 2 3.) Sekiranya anda belum ada akaun, cipta ID dan kata laluan anda.

separa perubatan 34.) Setelah berjaya masuk, pilih Borang Permohonan Pekerjaan.

separa perubatan 4 5.) Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul. (Letakkan Separa Perubatan pada jawatan dipilih)

separa perubatan 5 6.) Tekan butang SIMPAN.

Anda dinasihatkan untuk memohon Program Latihan Separa Perubatan ini jika anda berminat. Banyak faedah yang bakal anda peroleh melalui program latihan ini. Jadi, apa tunggu lagi? Mohonlah sekarang!

UPDATE TERKINI JAWATAN KOSONG

Sebarang update terkini mengenai jawatan kosong, anda boleh layari laman web  berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...