Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon TUNS PLUS Pembiayaan Sehingga RM15,000 Untuk Usahawan Mikro Negeri Sembilan. Mohon Online Lebih Cepat

2,180

Bermula 15 Jun 2021, Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan Plus (TUNS PLUS) telah dibuka untuk permohonannya dan permohonan boleh dibuat secara online.

Usahawan Negeri Sembilan yang berminat perlu membuat permohonan dengan segera kerana pembiayaan ini adalah terhad kepada 200 usahawan mikro sahaja.

Bagi anda yang berminat, semak syarat kelayakan disini dan terus buat permohonan agar tidak tercicir untuk menerima kemudahan pinjaman ini.

Baca juga: Skim Mikro Kredit BSN PEMERKASA Sehingga RM50,000 Untuk Menyokong Perniagaan Usahawan

INFO RINGKAS TUNS PLUS

TUNS Plus adalah inisiatif baru yang diperkenalkan bermula tahun 2021 oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan:

  • Bantuan pembiayaan secara pinjaman mudah tanpa faedah berjumlah sehingga RM15,000.
  • Dana peruntukan yang disediakan untuk TUNS Plus adalah sebanyak RM3 juta yang boleh membiayai sekitar 200 usahawan mikro.
  • Usahawan mikro Negeri Sembilan termasuk usahawan yang telah menerima pembiayaan dana bantuan geran TUNS boleh memohon untuk mendapatkan pinjaman mudah tanpa faedah dibawah skim TUNS Plus Negeri Sembilan.

TARIKH PERMOHONAN TUNS PLUS

Tarikh permohonan TUNS PLUS adalah pada:

  • 25 Jun 2021 sehingga 25 Julai 2021

KELAYAKAN PERMOHONAN

Semak kelayakan permohonan yang ditetapkan seperti berikut:

  1. Pemohon adalah Warganegara Malaysia, namun begitu keutamaan adalah diberikan kepada anak Negeri Sembilan;
  2. Perniagaan berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777)/ Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012/ Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197)/ Sijil Amalan Profesional daripada Badan-Badan Pengiktiraf, masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan dan telah beroperasi selama tempoh satu (1) tahun sebelum permohonan dibuat;
  3. Mempunyai lesen/permit perniagaan/sijil-sijil perakuan yang diiktiraf dan masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan;
  4. Alamat perniagaan didaftarkan di Negeri Sembilan dan perniagaan beroperasi di Negeri Sembilan;
  5. Mempunyai premis/tapak/lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak.
  6. Berumur di antara 21 hingga 55 tahun (mengambil kira tempoh pembiayaan akan tamat pada 60 tahun);
  7. Memenuhi definisi Mikro (Jualan tahunan kurang daripada RM300,000.00 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada lima (5) orang);
  8. Mempunyai akaun perniagaan/ syarikat yang sah dan aktif dalam tempoh enam (6) bulan;
  9. Pemohon tidak berstatus muflis;
  10. Pemohon menjalankan perniagaan secara sepenuh masa; dan
    Keutamaan kepada penerima TUNS yang berkelayakan.

KELAYAKAN PERNIAGAAN

Semua jenis perniagaan adalah layak memohon pembiayaan ini, kecuali:

  • Institusi kewangan;
  • Perkhidmatan insurans;
  • Pembekalan tenaga kerja;
  • Ejen jualan produk, dropship dan Multi-Level Marketing;
  • Perniagaan yang salah di sisi undang-undang; dan
  • Perniagaan yang memudaratkan kesihatan serta tidak memenuhi/mematuhi nilai-nilai moral masyarakat seperti rokok, rokok elektronik, ejen nombor ramalan, minuman keras dan lain-lain.

DOKUMEN SOKONGAN

Sertakan bersama dokumen sokongan berikut untuk melengkapkan permohonan anda:

  • Salinan kad pengenalan adalah milik pemohon dan jelas;
  • Gambar formal pemohon berukuran passport;
  • Salinan lesen/ permit perniagaan/ sijil-sijil perakuan yang diiktiraf;
    – Atas nama pemohon sendiri atau nama rakan kongsi yang didaftarkan di dalam dokumen pendaftaran SSM
    – Masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan

     

  • Salinan dokumen pendaftaran SSM/ sijil profesional/ pendaftaran Kementerian Kewangan (sekiranya ada);
    – Perniagaan pemilikan tunggal/ perkongsian
    – Syarikat Awam Berhad atau Sendirian Berhad 
  • Masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan. 
  • Beralamat dan beroperasi di Negeri Sembilan. 
  • Perniagaan yang bukan pemilikan tunggal wajib disertakan dengan surat persetujuan semua rakan kongsi untuk memohon pembiayaan ini. 
  • Permohonan mestilah berkaitan dengan jenis perniagaan yang didaftarkan di dalam dokumen pendaftaran SSM (pemohon perlulah memilih hanya satu jenis perniagaan bagi permohonan TUNS Plus – hanya terpakai pada pemohon yang mempunyai lebih daripada satu (1) perniagaan). 
  • Salinan penyata kewangan/ penyata bank; 
  • Gambar perniagaan (sekurang-kurangnya tiga (3) gambar); 
  • Salinan perjanjian sewa premis/ tanah; dan 
  • Apa-apa dokumen yang berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan. Contohnya Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB), Borang C Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998, Lesen Racun Jenis A (Akta Racun 1952) – Membekal Ubat atau Lesen Establishment (Seksyen 15 (1) Akta 737) – Peralatan Perubatan dan lain-lain.

PENGESAHAN DOKUMEN TUNS PLUS

Setiap helaian dokumen sokongan mestilah disahkan oleh Pegawai yang berkelayakan. (Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi MPKK).

  • Tandatangan bagi pihak (b/p) tidak di benarkan.
  • Setiap pengesahan oleh pegawai yang layak di atas salinan dokumen mestilah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan dan alamat tempat kerja pegawai tersebut. Tandatangan tanpa cop serta maklumat jawatan adalah tidak dibenarkan atau diterima.

Pemohon boleh merujuk Pusat Khidmat Rakyat DUN setempat sekiranya menghadapi kesukaran untuk melengkapkan dokumen.

Cara Mohon TUNS PLUS Pembiayaan Sehingga RM15,0000 Untuk Usahawan Mikro Negeri Sembilan. Mohon Online Lebih Cepat

JADUAL PEMBIAYAAN TUNS PLUS

Berikut adalah jadual pembiayaan TUNS PLUS untuk rujukan anda:

Cara Mohon TUNS PLUS Pembiayaan Sehingga RM15,0000 Untuk Usahawan Mikro Negeri Sembilan. Mohon Online Lebih Cepat

Baca juga: Cara Mohon Pembiayaan Agrofood Facility (AF) PKS BSN Dengan Pinjaman Sehingga RM250,000. Mohon Secara Online Sahaja

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai TUNS PLUS sila hubungi Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS) di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...